Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Europa: Arsenal teruskan kempen, Hotspur tersandung di tangan Dinamo

-

PARIS: Arsenal mara ke suku akhir Liga Europa sungguhpun menelan perit kekalahan kepada Olympiakos dalam perlawanan kedua pada Khamis, sementara Mislav Orsic menghasilk­an hatrik hebat dan Dinamo Zagreb menyingkir­kan Tottenham Hotspur selepas masa tambahan.

Rembatan Youssef ElArabi pada separuh masa kedua memberi kemenangan kepada pasukan Olympiakos di Emirates tetapi Arsenal mara dengan agregat 3-2, menebus kekalahan mereka kepada pasukan Greek itu dalam peraturan gol tempat lawan musim lepas.

“Amat berbesar hati untuk mara. Kami menghadapi tentangan hebat. Kadangkala kita harus adil dengan diri sendiri – kami tidak menampilka­n prestasi yang seharusnya,” kata jurulatih Arsenal Mikel Arteta.

Dalam perlawanan lain, pasukan Spurs bimbingan Jose Mourinho mendahului dengan 2-0 dalam perlawanan pertama minggu lalu di London, namun kali ini Orsic meraih jaringan dua kali dalam separuh masa akhir buat pasukan juara Croatia Dinamo sekaligus mengikat mata penyamaan di padang sendiri.

Jurulatih Dinamo, Zoran Mamic bakal bersara minggu ini setelah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan lapan bulan atas kesalahan penipuan wang berjumlah berjuta euro melibatkan pemindahan Luka Modric ke Tottenham dan pemindahan lain.

Walau bagaimanap­un, Orsic membuat hantaran yang kemas dari sudut dan mencatat mata pendahulua­n untuk Dinamo pada minit ke-62 dan kemudianny­a berjaya memberi masa tambahan dalam perlawanan itu.

Orsic menggandak­an mata ketiganya dengan bergaya apabila beliau berjaya melepasi tiga pemain dan menyepak rendah melalui penjaga gol Tottenham Hugo Lloris pada minit ke-106.

Harry Kane hampir menjaringk­an gol lewat yang mampu meletakkan Spurs di hadapan dengan peraturan gol tempat lawan namun dinafi oleh penjaga gol Dinamo Dominik Livakovic dan pasukan tuan rumah itu menang 3-2 agregat.

Dalam perlawanan lain, pasukan Sepanyol Granada menyambung debut kemenangan mereka dalam kejohanan pertama. “Manchester ialah skuad yang sangat handal yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara tahun lepas, dan berjaya menundukka­n Manchester City 10 hari lalu.

“Sukar untuk

Eropah dan mara dengan 3-2 secara keseluruha­n, sungguhpun kalah 2-1 kepada pasukan Norway Molde.

Roma juga mara dengan kemenangan 2-1 hasil gol pemain pinjaman Real Madrid Borja Mayoral menentang Shakhtar Donetsk dengan agregat 5-1.

Zlatan Ibrahimovi­c bakal berdepan dengan bekas kelabnya ketika AC Milan menjadi tuan rumah dalam perlawanan bersama Manchester United di San Siro selepas seri 1-1 di England minggu lalu.

Rangers pula dikalahkan di tempat sendiri oleh Slavia Prague selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama minggu lalu.

Juara empat kali Eropah Ajax juga menjamin kelayakan ke pusingan seterusnya setelah membelasah Young Boys 3-0. — AFP kami bangkit terus sertamerta dalam liga ini.”

Dalam permainan babak pertama di Old Trafford, Milan berkelebih­an dengan gol tempat lawan dalam masa kecederaan Simonn Kjaer.

Solskjaer mengikat kedudukan seri dalam permainan sebelum ini.

Anthony Martial dan Edinson Cavani masih tidak dapat bermain kerana kecederaan namun Marcus Rashford kembali semasa permulaan dengan Pogba dan Donny van de Beek kembali di bangku simpanan.

United memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah pada awalnya, namun pasukan 'Rossoneri' bertambah rancak selepas separuh masa.

Samu Castillejo melorong bola kepada Franck Kessie pada minit ke 25, namun berjaya dipintas Victor Lindelof

 ??  ?? POGBA
AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kedua 16 akhir di antara AC Milan dan Manchester United di Stadium San Siro, Milan.
POGBA AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kedua 16 akhir di antara AC Milan dan Manchester United di Stadium San Siro, Milan.
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Perlawanan Liga Europa 16 akhir di antara Arsenal dan Olympiakos di Stadium Emirates.
— Gambar AFP SENGIT: Perlawanan Liga Europa 16 akhir di antara Arsenal dan Olympiakos di Stadium Emirates.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia