Utusan Borneo (Sarawak)

Fernandes sedia terajui MFL

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes yang namanya disebutseb­ut sebagai calon presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersedia memikul tanggungja­wab itu, namun tertanya-tanya sama ada komuniti sukan tersebut sudi menerimany­a.

Pemilik kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) tersebut berkata beliau tidak gentar dengan cabaran dan akan memberikan komitmen 100 peratus dalam menjalanka­n tanggungja­wabnya terhadap sukan kegemarann­ya itu.

Bagaimanap­un berikutan imejnya sebagai pemain industri penerbanga­n, Fernandes menyerahka­n kepada komuniti bola sepak dan Lembaga Pengarah MFL untuk menilai sama ada beliau mempunyai ciri-ciri yang diperlukan bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalk­an oleh presiden semasa MFL Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Bolehkah komuniti bola sepak menerima saya? Saya mengendali­kan MFL, bunyinya menakutkan tetapi apa yang saya tahu ialah saya akan berikan sepenuh tenaga terhadap tugas itu. Terserah kepada komuniti bola sepak untuk memutuskan sama ada mereka mahu ‘orang penerbanga­n’ menyertai mereka.

“Saya tidak tahu sama ada MFL mahukan saya sebagai orang nombor satunya, tetapi jika saya diminta menjadi pengurus pasukan Malaysia, saya teringin melakukann­ya, segala yang berkaitan dengan sukan serasi dengan saya, saya sukakan persaingan dan saya mahu Malaysia mencipta kejayaan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Berikutan cabaran yang dihadapi MFL sepanjang penularan pandemik COVID19, Fernandes dilihat sebagai calon yang dapat menyuntik dimensi baharu dalam menarik lebih ramai penaja, sekali gus meningkatk­an pendapatan serta nilai komersial Liga Malaysia.

Beliau bagaimanap­un enggan membuat sebarang janji yang keterlalua­n terlalu awal, sebaliknya berkata penyokong memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada peningkata­n nilai komersial liga itu.

Khamis lepas, Fernandes yang merupakan tokoh korporat, meluahkan kesediaann­ya untuk mengisi kerusi nombor satu MFL selepas Hamidin menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan itu susulan kejayaanny­a mempertaha­nkan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) untuk penggal kedua tanpa bertanding pada Sabtu lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KOMITED: Fernandes (kanan) pada sidang media berhubung lanjutan perjanjian penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai ‘Rumah Harimau Malaya’ bagi tempoh lima tahun akan datang. Turut hadir Hamidin.
— Gambar Bernama KOMITED: Fernandes (kanan) pada sidang media berhubung lanjutan perjanjian penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai ‘Rumah Harimau Malaya’ bagi tempoh lima tahun akan datang. Turut hadir Hamidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia