Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 195 kes baharu pulih, dibenarkan discaj semalam

-

KUCHING: Lelaki yang dilaporkan terjatuh semasa melalui jeti Kampung Boyan di Pangkalan Sapi kelmarin ditemui mati sekitar jam 2.30 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Kamalddin Azmi berusia 29 tahun.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui kirakira dua meter dari Pos Kawalan Bomba.

“Pasukan penyelamat melakukan pencarian dengan kaedah penyelaman dan pencarian di permukaan air dalam radius 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Mangsa dijumpai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan seterusnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Mayat mangsa juga telah disahkan oleh keluarga mangsa,” katanya.

Saksi kejadian sebelum ini melaporkan mangsa terjatuh dari atas jeti tersebut kirakira jam 3.48 petang kelmarin.

“Mangsa jatuh ke dalam sungai dan tidak timbul-timbul,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarka­n sebaik sahaja laporan diterima selepas itu.

Uggah turut memaklumka­n terdapat 195 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital di negeri ini, semalam.

“Mereka yang pulih dan dibenarkan discaj adalah dari Hospital Sibu (78), PKRC Betong (25), Hospital Bintulu (24), Hospital Umum Sarawak (20), Hospital Sarikei (16), PKRC di bawah Hospital Kapit (16), Hospital Miri (12) dan PKRC Mukah (4).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini (semalam) adalah seramai 11,215 orang atau 80.26 peratus dari jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Uggah berkata peningkata­n mendadak kes positif COVID-19 di Sarawak sebanyak 407 kes kelmarin sebahagian­nya disebabkan penularan dalam kalangan Orang Kena Tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 138 kes positif yang direkodkan pada Jumaat itu melibatkan tahanan dari depot tersebut.

Setakat semalam katanya, sejumlah 704 individu telah disaring dengan 245 daripadany­a didapati positif yang kesemuanya OKT.

“Manakala seramai 459 individu yang negatif adalah kakitangan Jabatan Imigresen dan kontak rapat. Saringan kali kedua akan dilakukan pada 29 Mac nanti,” katanya.

Uggah berkata, depot tahanan tersebut menempatka­n kira-kira 463 OKT dan kawasan berkenaan adalah terkawal serta tertutup kerana kesemua OKT itu tidak keluar dari tempat tahanan.

“Ia sama seperti kes-kes positif yang melibatkan penjara di Semenanjun­g sebelum ini kerana tempat mereka agak terhad maka kes cepat merebak, namun tidak melibatkan masyarakat luar.

“Bagaimanap­un, siasatan awal kita mendapati mungkin ada pengabaian atau kecuaian dalam pematuhan SOP berlaku,” jelasnya.

Setiap kemasukan baharu OKT kata beliau, perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari serta saringan COVID19 sebanyak dua kali sebelum boleh diletakkan bersama dengan tahanan lain.

“Jika selepas ditangkap dan terus diletakkan bersama OKT lain, maka inilah yang berlaku kerana mereka mungkin membawa virus.

“Jadi kita sudah menghantar pasukan bagi menyiasat perkara ini,” ujarnya.

Beliau menegaskan pihaknya, tidak akan berkomprom­i serta mengecuali­kan mana-mana individu dalam siasatan ini.

Ditanya sama ada akan ada operasi pengesanan kes aktif (ACD) COVID19 dilakukan di penjara, Uggah memberitah­u JPBNS telah melakukan ujian itu beberapa bulan lalu.

“Setakat ini, tiada menunjukka­n kes (dari penjara), itu sebabnya kami terkejut ketika mempunyai kes-kes ini di Semuja. Jadi, kami akan terus melakukan ujian pengawasan,” katanya sambil berkata pihak berkuasa yang menguruska­n pusat tahanan telah diingatkan untuk mematuhi SOP dengan ketat.

 ??  ?? TRAGIK: Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke HUS.
TRAGIK: Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke HUS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia