Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pantas penduduk selamatkan rumah panjang

Penduduk tidak panik, padamkan kebakaran bilik Rh Albert Beji

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Penduduk Rumah Albert Beji di Jalan Selalang-Nyabor, Pelasuk, Roban berhadapan dengan situasi mencemaska­n apabila berlakunya kebakaran di salah sebuah bilik, malam kelmarin.

Namun demikian, tindakan pantas penduduk memadam api dengan menggunaka­n alat pemadam api mudah alih telah berjaya menyelamat­kan rumah panjang mereka daripada musnah terbakar sebelum ketibaan pihak bomba.

Kebakaran tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 10.43 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, kebakaran dikesan bermula di tingkat atas bilik nombor 10.

“Penduduk rumah panjang tersebut telah melakukan tindakan bijak dan tidak panik dengan memadam peringkat awal kebakaran menggunaka­n dua unit alat pemadam api mudah alih.

“Akibat kebakaran tersebut, kadar kerosakan yang ditanggung oleh pemilik bilik yang terjejas adalah dalam kadar 10 peratus sahaja,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, semalam.

Rumah panjang tersebut mempunyai 19 pintu dan 111

Penduduk rumah panjang tersebut telah melakukan tindakan bijak dan tidak panik dengan memadam peringkat awal kebakaran menggunaka­n dua unit alat pemadam api mudah alih.

Mahmudin Narudin

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei penghuni.

Rumah panjang berstruktu­r konkrit itu telah dibina pada 1994 dan terletak sejauh 50 kilometer dari Sarikei.

Menurut Mahmudin, pihak bomba yang tiba di lokasi tersebut telah melakukan pemantauan rapi dan memastikan kebakaran tersebut telah dipadam sepenuhnya.

“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku akibat kejadian tersebut,” ujar Mahmudin lagi.

Turut berada di lokasi kejadian ialah pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok bersama ketuanya Nazry Mohamat.

 ??  ?? SELAMAT: Kebakaran di Rumah Albert Beji di Jalan Selalang-Nyabor, Pelasuk, Roban berjaya dipadamkan penduduk sendiri dengan menggunaka­n alat pemadam api mudah alih.
SELAMAT: Kebakaran di Rumah Albert Beji di Jalan Selalang-Nyabor, Pelasuk, Roban berjaya dipadamkan penduduk sendiri dengan menggunaka­n alat pemadam api mudah alih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia