Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar sekolah menengah dipelawa sertai sayembara

-

MIRI: Pelajar sekolah menengah kebangsaan atau swasta di bahagian Miri dipelawa untuk menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Hari Bandar Raya Miri 2021.

Ketua 1 Persatuan Penulis Utara Sarawak (Putera) Zainal Abidin Suhaili berkata, penyertaan hendaklah dalam format klip video yang memaparkan persekitar­an bandar raya Miri.

“Peserta digalakkan menggunaka­n imej bandar raya manakala teks untuk deklamasi mesti menggunaka­n sajak dalam antologi ‘Miri, Kota Bianglala’.

“Setiap penyertaan mesti mempunyai tempoh persembaha­n sekitar tujuh hingga sepuluh minit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga masingmasi­ng akan menerima wang tunai RM400, RM300 dan RM200, selain baucar buku RM100.

Manakala dua pemenang sagu hati menerima wang tunai RM100 dan baucar buku RM100.

Hadiah Video Terbaik akan menerima baucar buku RM200.

Beliau menambah, video yang dikirim akan disaring untuk memilih sepuluh peserta ke peringkat separuh akhir.

“Hanya lima peserta akan dipilih ke peringkat akhir yang akan bertanding pada Malam Pengucapan Puisi Bandaraya Miri 2021 pada tarikh yang akan dimaklumka­n kemudian,” tambahnya lanjut.

Beliau menambah, kos untuk pertanding­an ini ditanggung peserta sendiri.

Salinan puisi yang hendak digunakan dalam sayembara tersebut perlu disertakan bersama-sama klip video dan borang penyertaan sebagai rujukan pihak penganjur

Segala pertanyaan, maklumat lanjut dan penghantar­an penyertaan sila hubungi Urus Setia Sayembara Deklamasi Puisi Hari Bandaraya Miri 2021, Unit Promosi dan Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, talian 082-227000, 227003, 227024, 227031, 227028 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov. my, haziq@dbp.gov.my, intannur@dbp.gov.my atau sahilla@dbp.gov.my

Penghantar­an borang penyertaan, salinan teks puisi dan klip video persembaha­n deklamasi tersebut mesti dibuat sebelum atau pada 30 April depan.

Acara ini dianjurkan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Majlis Bandaraya Miri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui Pejabat Pendidikan Daerah Miri serta Jabatan Residen Miri, Pustaka Miri dan PUTERA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia