Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari dijangka lawat Depot Tahanan Imigresen Semuja, esok

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka mengadakan lawatan ke Depot Tahanan Imigresen Semuja pada 22 Mac ini berikutan peningkata­n mendadak kes positif COVID-19 di situ.

Beliau berkata, lawatan itu bagi mengenal pasti sama ada berlaku ketidakpat­uhan atau kelemahan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menyebabka­n peningkata­n drastik kes positif daripada Kluster Depot Imigresen Semuja.

“Saya akan berkunjung ke Pusat Tahanan Semuja Isnin ini di bawah kelolaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Sarawak yang mana dirasakan terdapat kelemahan.

“Depot Tahanan Imigresen Semuja ini berupaya menempatka­n 450 orang tahanan pada satu-satu masa.

“Serta jumlah mereka yang dijangkiti mencapai 140 kes. Mungkin ada salah SOP yang tidak diikuti,” katanya ketika ditemui selepas sidang media MajlisPeny­erahanGera­nMRP Ketua Menteri di Ibu Pejabat Parti PBB di Satok semalam.

Abang Johari turut menegaskan kebanyakan kes adalah disebabkan pekerja warga asing, namun kes positif di Kuching telah menurun kepada 16 (sehingga kelmarin), malah Sibu dan Miri juga menunjukka­n penurunan.

Pada 19 Mac, Kluster Depot Imigresen Semuja di Serian yang disytihark­an pada hari sebelumnya merekodkan penambahan 146 kes menjadikan jumlah kes bagi kluster tersebut meningkat kepada 245 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, seramai 592 individute­lahdisarin­gdibawah kluster itu di mana 245 didapati positif termasuk kes indeks.

Manakala 210 individu lagi didapati negatif dengan 137 individu lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia