Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari serah geran MRP kepada lapan organisasi di DUN Satok

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahka­n geran Projek Luar Bandar (MRP) bernilai RM1.152 juta kepada lapan organisasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok semalam.

Lapan organisasi tersebut ialah Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching, Persatuan Ibu Bapa SMV Matang, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Pertahanan Awam, Lembaga Amanah Sekolah Rakyat Haji Bolhassan, Persatuan Veteran ATM Cawangan Kuching, Jawatankua­sa Pengurusan STA Ar-Razi Kuching, Lembaga Amanah Surau Kampung Bandarsah dan Koperasi Ketua Masyarakat Kuching Berhad.

Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok berkata sebahagian daripada peruntukan MRP telah diagihkan kepada persatuan lain.

“Beberapa projek transforma­si di Satok akan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa, paling penting perpaduan di antara kita,” ujarnya ketika mempengeru­sikan sidang media pada majlis di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok menerusi Facebook semalam.

Menyentuhm­engenaipem­bangunan di dalam kawasan Satok, beliau berharap rakyat bersabar dalam tempoh setahun dua ekoran kesesakan yang disebabkan oleh laluan trafik yang terletak di dalam tapak pembanguna­n disini.

Tegasnya lagi, projek Jambatan Bintangor yang terletak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melibatkan kawasan Tebingan Kuching sehingga ke Kampung No.6 Patingan dan Jalan Satok sedang dinaik taraf dan menyebabka­n kesesakan.

Justeru, beliau menasihati agar pengguna jalan raya menggunaka­n jalan alternatif lain untuk sampai ke destinasi mereka.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Cawangan PBB Satok, Dato Ibrahim Baki, Naib Ketua Cawangan PBB Satok, Hilmy Othman dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Abdul Samat Gany.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Abang Johari (dua kiri) menyampaik­an geran MRP kepada salah seorang penerima di Kuching semalam sambil disaksikan Exco PBB Satok.
GUNA SEBAIKNYA: Abang Johari (dua kiri) menyampaik­an geran MRP kepada salah seorang penerima di Kuching semalam sambil disaksikan Exco PBB Satok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia