Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Annuar berpuas hati pendaftara­n vaksin di Sibu

-

SIBU: Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapa’ee berpuas hati dengan pendaftara­n Program Imunisasi Covid19 di sini, di mana sebanyak 81 peratus daripada 203,133 orang yang disyorkan untuk menerima vaksin, telah mendaftark­an diri.

Menyifatka­n perkara tersebut sebagai langkah tepat untuk mengekang penularan COVID-19 di bahagian Sibu, beliau mengatakan usaha sedang dilakukan JPBBS untuk mencapai baki 19 peratus bagi mendorong mereka mendaftar dalam program ini.

“Sejumlah 81 peratus daripada 203,133 orang di bahagian Sibu yang disarankan untuk menerima vaksin telah didaftarka­n melalui aplikasi MySejahter­a serta di pejabat daerah dan klinik kesihatan.

“Baki 19 peratus mungkin akan mendaftar (untuk program ini) nanti, atau mungkin masih mengamalka­n sikap tunggu dan lihat.

“Walaupun begitu, kami akan menghubung­i mereka kerana kami ingin mencapai 100 peratus untuk pendaftara­n tidak lama lagi,” kata Dr Annuar, yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan kepada wartawan setelah menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.

Beliau juga mendedahka­n bahawa tujuh premis di sini telah dikenal pasti untuk program vaksinasi besarbesar­an untuk orang ramai yang diharapkan bermula April hingga Ogos.

“Lokasi utama adalah di Stadium Tertutup Sibu yang dapat menampung sekitar 3,000 orang pada satu-satu masa,” katanya.

Menyentuh mengenai situasi COVID-19 di sini, Dr Annuar mengatakan beliau berharap lekuk jangkitan Covid-19 dapat diratakan dalam beberapa minggu mendatang jika tiada lagi lonjakan kes daripada kelompok baharu dicatatkan.

Beliau berkata demikian berdasarka­n ramalannya terhadap tren penurunan bermula dari minggu ke8 hingga ke-11, di mana jumlah kes yang dicatatkan adalah sebanyak 289 untuk minggu ke-11, turun daripada 437 kes pada minggu ke-10, 454 kes pada minggu ke-9 dan 641 pada minggu ke-8.

Jumlah kes tertinggi dicatatkan pada minggu ke-7 dengan 715 kes atau purata 102 kes setiap hari.

“Daripada minggu ke-8 hingga ke-11, jumlah kes menunjukka­n tren yang menurun.

“Jadi, jika jumlah kes untuk minggu ini dan minggu depan tidak menunjukka­n peningkata­n, ada kemungkina­n besar kita dapat meratakan lekuk di Sibu.

“Itulah sebabnya kami bertindak pantas untuk mengurangk­an kes di Kluster Hilir,” katanya.

Dr Annuar, yang juga ADUN Nangka, menerima vaksinasi dos pertama pada 27 Februari.

Bersama beliau menerima dos kedua vaksin di Klinik Kesihatan Lanang adalah Senator Robert Lau, Pengerusi JPBBS dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting dan Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamed.

 ??  ?? SELESAI: Dr Annuar menunjukka­n isyarat bagus ketika menerima vaksinasi dos kedua di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.
SELESAI: Dr Annuar menunjukka­n isyarat bagus ketika menerima vaksinasi dos kedua di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia