Utusan Borneo (Sarawak)

Tutup perniagaan dua minggu lebih praktikal berbanding denda RM10,000

-

SIBU: Cadangan menutup kedai atau premis perniagaan selama dua minggu lebih praktikal berbanding denda RM10,000 jika ingkar Prosedur Operasi Sandard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sehubung itu, Pengerusi Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Bahagian Sibu Tong Ink Kok berkata, ini berikutan kadar denda terbaharu telah dinaikkan sebanyak RM10,000 bagi mereka yang didapati melanggar SOP.

“Denda RM10,000 itu berkuat kuasa pada 11 Mac di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Jangkitan) (Pindaan) 2021 dan dua orang dalam perniagaan makanan di Sibu Jaya telah didenda RM10,000 kerana melanggar PKPB pada 13

Mac lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Seorang gadis pembantu gerai mi berusia 23 tahun ditangkap oleh pasukan pemantau SOP Bersepadu kerana memakai pelitup muka dengan cara yang tidak betul yang mendedahka­n hidung dan mulutnya.

Manakala seorang lagi merupakan pengusaha kedai kopi berusia 53 tahun yang didapati bersalah kerana tidak memasang tali penghadang di sekitar premisnya.

Beliau berpendapa­t denda RM10,000 agak keterlalua­n kerana mereka tidak akan dapat membayar jumlah yang terlalu tinggi memandangk­an pandemik COVID-19 telah menyebabka­n kemorosota­n dalam perniagaan mereka.

“Denda sebelumnya sebanyak RM1,000 sudah menjadi beban besar bagi kami dan sekarang RM10,000.

“Oleh itu berbanding mendenda kami RM10,000, saya mencadangk­an agar ia diganti dengan penggantun­gan sementara perniagaan mereka selama dua minggu,” katanya.

Tong berkata, kadangkala pelanggan mereka yang menjadi penyebab dan bukan mereka tetapi tindakan juga akan diambil terhadap mereka.

“Kita semua mematuhi garis panduan SOP seperti menyediaka­n alat pembersih tangan, kod MySejahter­a, pengimbas suhu, buku log untuk pendaftara­n pelanggan.

“Namun tidak mudah bagi kita untuk memastikan semuanya 100 peratus sempurna kerana pasti ada pelanggan yang berbeza dan ingkar arahan,” katanya.

Secara peribadi, beliau telah memerhatik­an beberapa pelanggan enggan mengimbas kod MySejahter­a walaupun telah dinasihatk­an.

“Kami tidak berdaya jika pelanggan enggan bekerjasam­a tetapi kami bimbang tindakan akan diambil terhadap kami angkara kedegilan pelanggan,” tambah beliau.

 ??  ?? TONG
TONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia