Utusan Borneo (Sarawak)

Josephian Day secara maya pada 26 Mac, sarat pengisian

-

KUCHING: Josephian Day akan diadakan pada 26 Mac ini dengan pelbagai acara menarik dan menyeronok­kan bagi meraikan empat sekolah yang dinamakan sempena nama St Joseph di sini.

Menurut satu kenyataan semalam, program tersebut akan disambut secara maya dengan norma baharu susulan COVID-19.

“Ia sebagai kemuncak kepada kerja-kerja pemulihan Blok Mill Hill yang bersejarah di SMK St Joseph.

“Kerja penyiapan dijadualka­n berakhir menjelang April ini selepas sumbangan RM2.5 juta yang diberikan oleh kerajaan negeri dan sumbangan RM1.5 juta oleh bekas pelajar St Joseph.

“Sumbangan disampaika­n oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam usaha memastikan projek tersebut dapat disiapkan tepat pada masanya untuk pembukaan semula sekolah,” kata kenyataan tersebut sambil menambah, sumbangan kerajaan negeri dibuat susulan perbincang­an dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kerjasama tersebut jelas menggambar­kan usaha dan penyertaan oleh semua pelajar, ibu bapa, alumni dan guru dari empat sekolah berkenaan, iaitu SMK St Joseph, Sekolah Rendah Swasta St Joseph, Sekolah Menengah Swasta St Joseph dan Sekolah Antarabang­sa St Joseph.

“Mereka akan bersama menyediaka­n persembaha­n prarakaman dan banyak aktiviti menarik yang akan turut disiarkan secara langsung.

“Sudah tentu prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dipatuhi dalam aktiviti ini termasuk sebahagian besar aktiviti telah dirakam terlebih dahulu,” katanya.

Pelajar dan orang ramai juga boleh menyertai permainan dalam talian, pertanding­an, kuiz, pelbagai cabaran maya di kediaman masing-masing.

Pautan ke permainan ialah https://stjosephku­ching.edu. my/josephian-day/.

Acara tersebut turut menampilka­n alumni terkemuka, Presiden Persatuan Old Josephians (OJA) yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Selain itu, turut ditampilka­n alumni lain seperti Uskup Agung Roman Katolik Kuching Uskup Agung Simon Poh.

Video berkenaan pengubahsu­aian dan kerja membaik pulih blok Mill Hill akan turut ditayangka­n, selain sejarah sekolah sempena ulang tahun ke-140 Sekolah St Joseph tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia