Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan baharu SK Nanga Gayau dijangka siap Jan 2022

-

KUCHING: Bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau, Spaoh yang bernilai RM7 juta dijangka siap menjelang Januari 2022.

Bangunan tiga tingkat itu bakal dilengkapi bilik kelas, kuarters guru, makmal sains, pejabat dan sebagainya.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ahli Parlimen Datuk Robert Lawson Chuat ditemani Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu, semalam melawat sekolah tersebut untuk melihat perkembang­an terkini projek bangunan baharu sekolah berkenaan.

Sekolah itu terletak di tepi Lebuh Raya Pan Borneo mempunyai kirakira 128 murid.

Sebahagian daripada bangunan sekolah itu ketika ini akan terjejas kerana menjadi antara laluan bagi pembinaan lebuh raya berkenaan.

Pembinaan bangunan baharu sekolah tersebut bermula Julai tahun lalu.

Selesai kunjungan ke sekolah berkenaan, Uggah dan Chuat melawat dua rumah panjang untuk meninjau projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang dilaksanak­an di situ.

Terdahulu, mereka memberi penghormat­an terakhir mendiang Tuai Rumah Benedict Blaki Lawrence Sanggat di kediamanny­a di Tanjung Baru, Paku Spaoh.

Mendiang Benedict, 56, merupakan pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang berkhidmat di situ.

Mendiang jatuh sakit pada pagi Khamis lalu dan dimasukkan ke Hospital Betong sebelum menghembus nafas terakhir di hospital berkenaan.

Majlis pengebumia­n mendiang dijalankan di rumah panjang berkenaan mengikut garis panduan (SOP) yang ditetapkan.

 ??  ?? PERIKSA: Uggah dan Chuat meninjau kemudahan di SK Nanga Gayau.
PERIKSA: Uggah dan Chuat meninjau kemudahan di SK Nanga Gayau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia