Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Azman Hashim sumbang peket sanitasi di Sibu Jaya

-

SIBU: Yayasan Azman Hashim daripada Kumpulan Amcorp Berhad kelmarin tampil menghulurk­an sumbangan peket sanitasi kepada penghuni Taman Teres HDC dan flat Sibu Jaya sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yayasan tersebut.

Setiap peket sanitasi tersebut mengandung­i pelitup muka, cecair pembersih tangan dan sabun antibakter­ia.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai memuji inisiatif yayasan tersebut dalam membantu penduduk di kawasan terbabit menerusi sumbangan itu.

“Ketika ini mungkin terdapat penduduk yang mengalami kesukaran untuk membeli barangan sanitasi.

“Oleh itu, pemberian sumbangan ini sangat dialu-alukan kerana ia amat diperlukan,” jelasnya dalam majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut.

Beliau melahirkan rasa gembira melihat organisasi korporat menjalanka­n peranan mereka membantu demi kesejahter­aan masyarakat.

“Yayasan Azman Hashim dan Kumpulan Amcorp telah banyak menghulurk­an sumbangan kepada masyarakat.

“Mereka sangat proaktif sebagai pemaju utama Sibu Jaya yang kini sedang berkembang pesat,” ujarnya.

Sempurai optimis Amcorp akan terus melakukan yang terbaik untuk bandar ini dan mereka selalu memberikan maklum balas yang positif terhadap permintaan untuk terus membantu membangunk­an Sibu Jaya.

Hadir sama ialah wakil Pejabat Residen Sibu Awang Mohammed Nizam, Ketua Balai Polis Sibu Jaya Inspektor Rodua Tayo, kaunselor zon MDLBS Kong Yii Tee dan Halimah Japar serta Penolong Jurutera Perbadanan Pembanguna­n Perumahan Wilayah Tengah Paul Peter.

 ??  ?? PRIHATIN: Sempurai (tujuh kiri) menghadiri majlis ringkas penyerahan sumbangan peket sanitasi kepada penduduk flat Sibu Jaya dan Taman Teres HDC, kelmarin.
PRIHATIN: Sempurai (tujuh kiri) menghadiri majlis ringkas penyerahan sumbangan peket sanitasi kepada penduduk flat Sibu Jaya dan Taman Teres HDC, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia