Utusan Borneo (Sarawak)

DAP sedia bantu edarkan KGC hampir setahun belum dituntut

Kad untuk warga emas itu sepatutnya diagihkan oleh SUPP: Chong

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) sedia menawarkan perkhidmat­an untuk mengedar Kenyalang Gold Card (KGC) kepada pemilik yang masih belum dituntut hampir setahun di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, berkata kad yang banyak memberi kelebihan kepada warga emas itu sepatutnya diedarkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau berkata, dianggarka­n sebanyak 500 KGC yang kebanyakan­nya milik warga emas beralamat di Kota Sentosa dan Stampin belum lagi dituntut.

“Pegawai JKM meminta kami (DAP Sarawak) untuk mengedar KGC yang tidak dituntut dan kami (DAP Sarawak) sedia membantu untuk menyerahka­n 500 kad ini kepada yang berhak.

“Kami akan memuat naik senarai nama penerima KGC dalam laman sosial dan sesawang rasmi DAP Sarawak atau menuntut kad itu di pejabat Pusat Khidmat DAP

Kami akan memuat naik senarai nama penerima KGC dalam laman sosial dan sesawang rasmi DAP Sarawak atau menuntut kad itu di pejabat Pusat

Khidmat DAP Batu 7.

Chong Chieng Jen

Pengerusi DAP Sarawak

Batu 7,” katanya pada sidang media DAP Sarawak di sini, semalam.

Dalam pada itu, Chong beranggapa­n SUPP gagal menjalanka­n tugas pengedaran

KGC walaupun JKM sudah meluluskan permohonan kad hampir setahun lalu.

“DAP sudah membantu mengemukak­an maklumat pemohon KGC kepada JKM, namun dari segi prosedur kerajaan majlis penyerahan kad dikendalik­an oleh SUPP,” katanya.

Kad warga emas itu sepatutnya diedarkan oleh SUPP, tetapi setelah hampir setahun, mereka masih belum menyelesai­kannya, ujar Chong lagi.

 ??  ?? BELUM DITUNTUT: Chong bersama ahli DAP lain menunjukka­n senarai nama dan KGC yang belum dituntut dari kawasan Kota Sentosa dan Stampin.
BELUM DITUNTUT: Chong bersama ahli DAP lain menunjukka­n senarai nama dan KGC yang belum dituntut dari kawasan Kota Sentosa dan Stampin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia