Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP santuni sekolah rendah di DUN Bukit Assek

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek telah mengadakan kunjungan serta menyantuni beberapa buah sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, semalam.

Ketua Pemudanya Kaunselor Joseph Chieng berkata, kunjungan itu bertujuan untuk meninjau persediaan sekolah yang akan dibuka pada 5 April ini, di samping mendengar permasalah­an sekolah yang sudah mula dibuka lima hari lalu.

“Ada juga sekolah yang belum beroperasi kerana berada dalam kawasan berisiko COVID-19, misalnya, SK (Sekolah Kebangsaan) St Rita, SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) Sacred Heart Chinese, SJKC Uk Daik manakala SJKC Sung Sang telahpun memulakan sesi persekolah­an mereka.

“Pada kunjungan ini, kami turut menyampaik­an sumbangan seperti pelitup muka, alat penyembur cecair pensanitas­i, alat pemeriksa suhu dan cecair pembasmi kuman.

“Baranganin­isangatber­guna kepada pihak sekolah ketika sesipersek­olahanyang­dijangka bermula bulan depan.

“Selain itu, bagi sekolah yang sudah bermula kami turut menyampaik­an sumbangan bagi menambah keperluan sedia ada,” katanya di sini.

Chieng berkata, walaupun demikian pihaknya turut dimaklumka­n oleh pihak sekolah bahawa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat turut dipraktikk­an.

Beliau memberitah­u, para guru besar turut memberikan taklimat kepada rombongan mereka mengenai pematuhan ketat SOP.

“Kita sedia maklum mengenai perkara ini.

“Inilah tujuan kami datang iaitu untuk memastikan segala kelengkapa­n yang digunakan mencukupi, misalnya, alatan yang disumbangk­an kami tadi.

“Alatan yang disumbangk­an ini adalah termasuk dalam SOP.

“Kami juga berharap sekolah di kawasan yang terjejas dapat memulakan sesi mereka tanpa sebarang masalah manakala bagi yang sudah bermula diharap pematuhan SOP tetap dipraktikk­an,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau menasihatk­an para guru dan murid-murid sentiasa mengambil maklum tentang kesihatan diri agar tidak menimbulka­n sebarang masalah.

“Kalau guru berasa tidak sihat dan bergejala jangan datang ke sekolah.

“Begitu juga murid-murid, ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka sihat sebelum turun ke sekolah,” tambahnya lagi.

Turut hadir menyampaik­an sumbangan tersebut ialah Timbalan Presiden II SUPP merangkap Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon.

 ??  ?? IKHLAS: Joseph (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah sebuah sekolah dalam kawasan DUN Bukit Assek, semalam.
IKHLAS: Joseph (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah sebuah sekolah dalam kawasan DUN Bukit Assek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia