Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Sarawak ‘lupakan’ sementara calon pengerusi, fokuskan PRN

-

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengambil tindakan ‘melupakan’ sementara calon untuk mengisi kekosongan Pengerusi PKR Sarawak buat masa ini, sebalik lebih fokus kepada agenda Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

NaibPenger­usiPKRSara­wak Dr Michael Teo berkata, tiada sebarang perbincang­an berhubung pengganti Pengerusi PKR Sarawak selepas Larry Sng meletakkan jawatan barubaru ini.

“PKR Sarawak kini lebih fokus dalam mengatur starategi untuk memastikan kemenangan parti pada PRN akan datang.

“Perbincang­an mengenai beberapa perkara termasuk hala tuju parti dan calon yang layak menyandang jawatan Pengerusi PKR Sarawak akan dibuat selepas PRN berakhir,” katanya ketika ditemui pada sidang media Pakatan Harapan (PH) Sarawak di ibu pejabat Parti Tindakan Demoktrati­k (DAP Sarawak) di sini, semalam.

Beliauberk­atademikia­nketika ditanya mengenai calon yang akan menggantik­an jawatan Pengerusi PKR Sarawak yang sebelum ini disandang oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng.

Pada 28 Februari lalu, Larry mengesahka­n beliau keluar daripada PKR berkuat kuasa serta-merta.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengadakan rundingan dengan para pengundi di konstituen­sinya.

“Kami telah membuat keputusan secara kolektif untuk saya mengumumka­n peletakan jawatan saya dari PKR berkuat kuasa serta-merta.

“Terlalu banyak ketidaksta­bilan politik sejak setahun yang lalu dan ini telah merosakkan ekonomi negara dan kesejahter­aan rakyat.

“Saya benar-benar percaya bahawa cara terbaik ke hadapan adalah untuk mengetepik­an politik buat masa ini, supaya kita dapat membantu menstabilk­andanmembi­nasemulane­gara tercinta bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PKR Sarawak Joshua Jabeng berkata, keutamaan parti sekarang ini adalah untuk memenangi hati rakyat untuk menyokong parti dalam PRN dan PRU akan datang.

“Pemilihan calon pemimpin yang mengetaui PKR Sarawak boleh dibuat selepas PRN berakhir,” katanya.

“Buat masa sekarang, ahli majlis tertinggi PKR membuat keputusan berkaitan parti secara bersama. Kami akan bekerjasam­a dan memastikan kemenangan pada PRN akan datang,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Chong bersama Teo (barisan hadapan, tiga kiri) serta ahli PH Sarawak yang lain merakamkan kenangan semasa sidang media.
SIDANG MEDIA: Chong bersama Teo (barisan hadapan, tiga kiri) serta ahli PH Sarawak yang lain merakamkan kenangan semasa sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia