Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen derma darah Pemuda Persatuan Foochow Miri tukar lokasi

-

MIRI: Untuk keselesaan dan kemudahan masyarakat setempat bagi menyokong kempen derma darah anjuran Pemuda Persatuan Foochow Miri pada 27 Mac ini, lokasi kempen akan ditukar dari Bintang Megamall Miri ke premis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Miri .

Pengerusi penganjur Doris Choo berkata, pertukaran tempat untuk aktiviti berkenaan adalah bagi keselesaan penderma kelak memandangk­an BSMM Cabang Miri adalah tempat sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Memandangk­an BSMM Cabang Miri mengadakan kempen derma darah tiga kali seminggu dan dengan SOP yang sedia ada, ia mendorong pihak kami untuk beralih tempat berkenaan, selain memudahkan orang ramai untuk datang menderma,” ujarnya.

Choo berkata demikian selepas menerima sumbangan 100 botol minyak masak Merris daripada Sarawak Oil

Palms Berhad (SOPB) dan 50 kampit beras daripada Tung Seng Huat di sini, semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak yang telah memberikan sumbangan berkenaan sebagai sokongan terhadap aktiviti berkenaan.

Jelas Choo, pihaknya menyasarka­n 50 penderma berjaya menderma darah menerusi aktiviti yang bertemakan ‘Sharing Love 5.0’ tersebut yang bermula 9.30 pagi hingga 1 petang.

Antara objektif penganjura­n aktiviti berkenaan ialah untuk membantu menambah bekalan darah bagi mereka yang memerlukan.

“Selain itu, menerusi kempen sebegini juga secara tidak langsung menggalakk­an masyarakat setempat mengambil bahagian dalam aktiviti amal yang bermakna ini.

“Ini juga sebahagian usaha kita untuk mempromosi­kan sikap kemanusiaa­n dengan menyumbang­kan darah untuk menyelamat­kan nyawa mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Tambah Cho, pihak penganjur turut mengingatk­an mereka yang terlibat mematuhiny­a sepanjang kempen berlangsun­g sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

“Selain itu, ini juga untuk membolehka­n penderma darah dan jawatankua­sa terlibat untuk menjalani sesi kempen menderma darah yang selesa, selamat dan lancar,” katanya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Choo (tiga kiri) serta jawatankua­sa lain menunjukka­n tanda bagus selepas menerima tajaan 100 botol minyak masak Merris daripada wakil SOPB semalam.
TERIMA KASIH: Choo (tiga kiri) serta jawatankua­sa lain menunjukka­n tanda bagus selepas menerima tajaan 100 botol minyak masak Merris daripada wakil SOPB semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia