Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n Parlimen harus diadakan segera: Ling

-

MIRI: Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berpendapa­t Persidanga­n Parlimen harus segera diadakan agar pelbagai isu khasnya melibatkan kebajikan dan keperluan rakyat ketika tempoh sukar sekarang dapat dibentang dan disuarakan.

Ling berkata, ini seiring titah perintah Yang di-Pertuan Agong yang membenarka­n Parlimen untuk kembali bersidang dalam tempoh darurat.

“Banyak perkara yang penting berhubung kait nasib rakyat, hala tuju negara dari segi aspek ekonomi, pendidikan, strategi memerangi COVID-19 dan lain lain harus dibentangk­an di Parlimen demi kepentinga­n bangsa dan negara,” jelasnya dalam kenyataan di sini, semalam.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak itu merayu agar Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera memutuskan tarikh persidanga­n untuk kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Medan wakil rakyat dan senator adalah di Parlimen.

“Dengan tidak bersidang, maka ia bertentang­an dengan prinsip demokrasi yang diamalkan,” tegasnya.

Ling mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) belum bersedia untuk memanggil sidang Parlimen melihat kepada situasi politik dan sokongan yang dilihat semakin tidak berpihak kepada mereka.

Ini kemungkina­n keyakinan kerajaan PN yang semakin tipis, tidak stabil dan tidak menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

“Ini hakikat yang harus ditanggung oleh PN kerana mereka Kerajaan PN ditubuhkan bukan melalui proses undi pada pilihan raya, tetapi melalui rundingan antara satu sama lain yang tidak menghormat­i keputusan majoriti pengundi pada PRU ke-14 yang memilih PH ke tampuk pimpinan negara,” tambah Ling.

Ling memberitah­u, mengikut jadual persidanga­n seharusnya diadakan awal bulan ini.

Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara berkenaan termaktub dalam sub perenggan 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh seperti mana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

 ??  ?? LING
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia