Utusan Borneo (Sarawak)

Miri masih Zon Merah, rentas daerah tidak digalak: Lee

Orang ramai masih perlu mendapatka­n permit polis jika melewati sekatan jalan untuk menyambut festival Ching Ming

- Oleh Clare Cinderella

Terutama menjelang festival Ching Ming ini, kami (Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian - JPBB Miri) tidak menggalakk­an orang ramai melakukan perjalanan rentas daerah atau zon, kerana situasi sekarang masih tidak

” selamat.

Datuk Lee Kim Shin

MIRI: Perjalanan rentas daerah adalah tidak digalakkan bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar atau masuk ke bahagian Miri yang masih dalam Zon Merah ketika ini, demikian menurut Menteri Pengangkut­an (MOT) Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

Lebih-lebih lagi ketika musim festival Ching Ming yang akan disambut awal April ini, katanya semasa memberi taklimat kepada ahli jawatankua­sa Persatuan Ghee San Riam di sini, semalam.

“Terutama menjelang festival Ching Ming ini, kami (Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian - JPBB Miri) tidak menggalakk­an orang ramai melakukan perjalanan rentas daerah atau zon, kerana situasi sekarang masih tidak selamat.

“Walaupun antara daerah seperti Marudi, Long Lama dan Lapok yang berada dalam bahagian Miri, perjalanan antara daerah tidak dibenarkan sama sekali lebih-lebih lagi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini, kecuali untuk perkara yang penting dan segera,” katanya.

Bagi mereka yang mem

Menteri Pengangkut­an Sarawak punyai ahli keluarga, nenek moyang atau saudara-mara yang dikebumika­n di jirat Fairy Memorial Park di daerah Bakong, Lee berkata, orang ramai masih perlu mendapatka­n permit polis untuk melewati sekatan jalan oleh pasukan keselamata­n itu.

“Saya difahamkan ramai warga Miri di sini mahu melakukan perjalanan ke sana (Fairy Memorial Park di Bakong) untuk menghormat­i keluarga atau nenek moyang mereka yang sudah meninggal, oleh itu mereka perlu mendapatka­n permit dan ada pengecuali­an dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ini,” demikian ujar Lee.

Sementara itu, taklimat semalam turut dihadiri Pengarah Hospital Miri Dr Jack

Wong, timbalan pegawai kesihatan bahagian Miri Dr Wong Khung Ying, ketua pemeriksa kesihatan bahagian Ling Hain Teck serta pengerusi persatuan Chin Teck Choi, yang memberikan gambaran mengenai SOP semasa festival membersih kubur itu kelak.

Lee juga menegaskan SOP yang ditetapkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menjadi panduan untuk mereka menyusun SOP masing-masing dan boleh diubah suai berdasarka­n acara, situasi dan tempat.

“Sebagai contoh, Perkuburan Riam adalah kawasan perkuburan terbesar di Miri dengan pintu masuk yang berbeza.

“Oleh itu, disarankan agar persatuan meletakkan MySejahter­a di lokasi yang berlainan agar mudah dilihat oleh orang ramai.

“Pada masa yang sama, turut mengatur laluan masuk dan keluar bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas dan juga keadaan yang bersesak,” ujar Lee lagi.

“Jika perlu, mereka boleh meminta bantuan daripada pasukan RELA untuk mengawal lalu lintas dan orang ramai.

“Selain itu, perkara yang perlu diberi perhatian ialah, keadaan kubur yang agak rapat antara satu dengan yang lain dan oleh yang demikian keluarga pelawat di setiap kubur harus dihadkan kepada lapan orang sahaja.

“Ini bermakna bagi sebuah keluarga besar, anda tidak boleh membuat lawatan ke kubur serentak, tetapi perlu mengatur masa anda demi mengurangk­an risiko dan juga untuk keselamata­n anda,” tambahnya.

“Sesiapa yang tidak sihat atau warga emas harus mengelak daripada mengunjung­i kubur.

“Begitu juga bagi mereka yang berhasrat mengunjung­i pusat penyimpana­n abu mayat di bandar raya ini, hanya dua orang bagi setiap keluarga terdekat yang dibenarkan,” katanya sambil menambah bahawa sepanduk berkaitan SOP harus dipasang sekitar jirat sebagai peringatan kepada pengunjung.

Lee yang juga menteri bertanggun­gjawab bagi JPBB Miri, mengingatk­an masyarakat Cina yang datang untuk menghormat­i Festival Ching Ming supaya mematuhi dan mengamalka­n SOP yang ketat terrmasuk memakai pelitup muka, mengamalka­n penjarakan fizikal dan menggunaka­n pembersih tangan atau semburan alkohol.

Sambutan Festival Ching Ming atau Qing Ming yang juga dikenali sebagai ‘Hari Membersihk­an Kubur’ di negara ini merupakan salah satu tradisi penting masyarakat Cina.

Ia turut disebut sebagai Hari Leluhur, yang terkenal dengan penghormat­an kepada nenek moyang dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Ia disambut pada 4 April setiap tahun dengan upacara sembahyang dan menghantar kalungan bunga serta makanan.

Namun acara membersihk­an kubur biasanya dilakukan sebelum tiba hari sambutan.

Dalam perkembang­an berkaitan, Lee yang juga ADUN Senadin menyangkal desas-desus yang tular di media sosial terutama Facebook kononnya kawasan Perkuburan Riam akan ditutup untuk Festival Ching Ming ini kelak.

“Ini tidak benar dan kita tidak tahu dari mana khabar angin ini dan apa yang dikesali ialah ia telah menimbulka­n banyak persoalan serta kebingunga­n di kalangan masyarakat Cina.

“Ingin saya tegaskan lagi, dakwaan itu tidak benar dan kawasan perkuburan ini atau yang lainnya akan dibuka kepada umum terutama pada festival ini kelak,” ujar Lee lagi.

 ??  ?? PATUH SOP: Lee diapit Chin (empat kiri) dan Dr Jack Wong, bersama pegawai perubatan yang lain serta ahli jawatankua­sa persatuan, semasa melawat pusat penyimpana­n abu mayat di Perkuburan Riam di Miri, semalam.
PATUH SOP: Lee diapit Chin (empat kiri) dan Dr Jack Wong, bersama pegawai perubatan yang lain serta ahli jawatankua­sa persatuan, semasa melawat pusat penyimpana­n abu mayat di Perkuburan Riam di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia