Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sambut baik inisiatif untuk warga pendidik di bawah PEMERKASA: Ahmad

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, KGBS menyokong tiga inisiatif kerajaan iaitu inisiatif mengawal penularan COVID-19, inisiatif mengurangk­an jurang digital dan inisiatif pemberian subsidi RM300 untuk membeli peranti.

“KGBS menyokong inisiatif mengawal penularan COVID-19 dengan melaksanak­an program imunisasi terhadap rakyat serta menggesa agar warga guru diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin.

“KGBS menggesa sedemikian kerana mendapati belum ada warga guru yang diberikan suntikan vaksin ini dan warga guru adalah sebahagian daripada petugas barisan hadapan,” katanya.

Makaituuja­rnya,KGBSmeliha­t adalah wajar warga guru diberi keutamaan menerima suntikan vaksin ini.

“Sekiranya warga guru telah diberi suntikan, ia akan lebih meyakinkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah,” katanya di sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat

Pegawai Tertinggi KGBS di sini semalam.

Pada masa sama katanya, inisiatif untuk memperting­katkan capaian Internet di seluruh negara diharap menjadi realiti dalam tempoh singkat kerana dengan adanya capaian Internet yang tinggi secara langsung dapat membantu memperkasa­kan sistem pendidikan dalam talian.

Sementara itu, KGBS berkata inisiatif pemberian subsidi RM300 kepada golongan B40 adalah langkah kerajaan menyantuni rakyat yang kurang mampu untuk membeli peranti bagi anak-anak mereka sebelum ini.

“Justeru, diharap agar ibu bapa dapat menggunaka­n bantuan ini dengan tujuan yang sebaiknya.

“Secara keseluruha­n, KGBS berpandang­an kerajaan telah berusaha dan merancang yang terbaik untuk rakyat dalam situasi mendepani pandemik COVID-19 dan rakyat berupaya mendapat manfaat darinya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia