Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya pesan dan bawa pulang dibenar di Taman Selera Harmoni

-

SIBU: Persatuan Peniaga Islam Taman Selera Harmoni Sibu memutuskan untuk tidak membenarka­n pelanggan makan di taman selera terbabit meskipun dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Pengerusi Jawatankua­sa Penjaja Kecil dan Pasar Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Kaunselor Albert Tiang berkata, persatuan hanya membenarka­n pelanggan untuk membungkus makanan untuk dibawa pulang.

“Pihak persatuan telah memaklumka­n kepada majlis berhubung perkara ini selepas mendapati pelanggan sukar untuk mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Menurut Tiang, Taman Selera Harmoni telah dipasang dengan meja dan kerusi yang tidak dapat dialihkan.

Berdasarka­n SOP semasa katanya, hanya dua orang boleh duduk makan di sebuah meja yang disediakan.

“Masalah berlaku apabila pelanggan datang secara berkumpula­n atau bersama keluarga dan mahu duduk bersama-sama di sebuah meja.

“Atas sebab itu, persatuan memutuskan peniaga dibenarkan untuk membungkus makanan sahaja untuk dibawa pulang oleh pelanggan,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain Tiang berkata, MPS telah menghantar cadangan kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) untuk dimajukan kepada Jawatankua­sa Pengurusan Negeri Sarawak (JPBNS) bagi mempertimb­angkan pembukaan semula Pasar Malam Sibu dan Pasar Minggu.

Cadangan lain katanya, termasukla­h menghalang penjaja dari Zon Merah berniaga sebagai sebahagian daripada SOP untuk pembukaan semula itu.

Pasar Malam Sibu dan Pasar Minggu telah ditutup sejak 16 Januari berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita hanya dapat membuat cadangan dan keputusan akhir terletak di tangan JPBNS,” ujar beliau sambil menambah penutupan lanjut itu amat menjejaska­n kehidupan peniaga serta penjaja terbabit.

 ??  ?? SOP KETAT: Taman Selera Harmoni beroperasi seperti biasa tetapi pelanggan tidak dibenarkan makan di meja yang disediakan.
SOP KETAT: Taman Selera Harmoni beroperasi seperti biasa tetapi pelanggan tidak dibenarkan makan di meja yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia