Utusan Borneo (Sarawak)

863 pelajar PKS kembali ke kampus, daftar ikut SOP

-

KUCHING: Seramai 863 pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) kembali ke kampus dengan mendaftar di kolej kediaman masing-masing bagi kemasukan Fasa 1 Sesi Disember 2020 bermula semalam dan hari ini.

Pengarah PKS Jamaliah Ahmad berkata, kesemua pelajar tersebut akan menjalani kuarantin wajib dan pengasinga­n terlebih dahulu di kolej kediaman masing-masing sebelum boleh mengikuti pembelajar­an secara teori dan praktikal.

Katanya, pelajar tersebut akan dibahagika­n kepada dua kumpulan iaitu dari dalam Sarawak dan dari Semenanjun­g, Sabah dan Labuan.

“Bagi pelajar dari Semenanjun­g, Sabah dan Labuan, mereka akan dikuaranti­n wajib selama 14 hari dan perlu menjalani ujian calitan, manakala pelajar dari dalam Sarawak akan menjalani pengasinga­n selama 10 hari,” katanya ditemui semasa lawatan ke pusat pendaftara­n pelajar di sini, semalam.

Tambahnya, PKS juga berterima kasih kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kerana menanggung kos makan dan minum pelajar yang menjalani kuarantin wajib Fasa 1 ini.

Beliau memberitah­u, kemasukan pelajar ke PKS adalah secara berfasa dan kemasukan pelajar ketika ini akan tamat pada 15 Mei depan.

“Kemasukan pelajar kali ini adalah melibatkan pelajar

Semester 1 hingga 5 pelbagai pengajian diploma bagi Sesi Disember 2020 di PKS,” jelas Jamaliah.

Menurutnya, pelajar yang terlibat adalah pelajar Jabatan Kejurutera­an Awam, Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Jabatan Kejurutera­an Petrokimia, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Jabatan Perdaganga­n.

Katanya lagi, antara program pengajian diploma yang terlibat ialah Diploma Kejurutera­an Mekanikal (DKM), Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Automotif) DAD, Diploma Teknologi Petrokimia (DTP), Diploma Kejurutete­raan Mekanikal

(Penyaman Udara dan Penyejukbe­kuan) DPU, Diploma Geomatik (DGU) dan Diploma Perkhidmat­an Bangunan (DPB).

“Semasa sesi pendaftara­n tersebut, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti pemeriksaa­n suhu badan, pemakaian pelitup muka dan penggunaan cecair pensanitas­i tangan telah diwajibkan kepada kakitangan PKS dan juga para pelajar,” ujarnya.

Pendaftara­n tersebut bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang di tempat letak kereta PKS.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Mohamad Khirudin Amdan.

 ?? — Gambar Politeknik Kuching Sarawak ?? KEMBALI TUNTUT ILMU: Sekitar suasana pendaftara­n kolej pelajar bagi kemasukan Fasa 1 Sesi Disember 2020, semalam.
— Gambar Politeknik Kuching Sarawak KEMBALI TUNTUT ILMU: Sekitar suasana pendaftara­n kolej pelajar bagi kemasukan Fasa 1 Sesi Disember 2020, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia