Utusan Borneo (Sarawak)

Lindungi hutan untuk imbangi ekosistem dan alam semula jadi

- Oleh Soon Li Wei

(Artikel ini sempena Hari Hutan Sedunia yang disambut pada 21 Mac 2021)

LIRIK lagu ‘Hijau’ nyanyian Zainal Abidin Mohamad ini terngiang-ngiang di fikiran penulis tatkala kaki melangkah ke Denai Salleh, Institut Penyelidik­an Hutan Malaysia (FRIM) sambil menikmati keindahan kehijauan sekeliling.

Denai Salleh ini mengambil nama Ketua Pengarah FRIM yang pertama, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor yang menyandang jawatan tersebut dari 1985 hingga 1995. Terdapat spesies pokok yang ditanam seawal tahun 1925 di Denai ini seperti pokok kapur, keladan, gaharu, merbau dan rotan.

Kunjungan ke FRIM pada pagi Rabu itu membuatkan penulis terkesima dengan persekitar­an kawasan hutan yang terpelihar­a rapi setelah sekian lama ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020.

“Sebelum PKP, daun kering akan terkumpul di tepi lorong dan dahan kecil pokok memang tidak akan kelihatan sepanjang lorong pejalan kaki,” kata jurupandu FRIM, Edi Hermi Muhammad Ramli, ketika penulis asyik meneliti laluan jejak Denai Salleh yang dipenuhi hamparan daun kering.

Ketua Pengarah FRIM, Dr Khali Aziz Hamzah yang turut serta dalam sesi trekking itu bersama kami turut bersetuju dengan kenyataan tersebut, sambil memperkena­lkan kepada penuilis spesies pokok hutan hujan yang ada di sekitar Denai Salleh itu.

“Hikmah PKP, hutan simpan dan penyelidik­an jarang dikunjungi orang ramai menyebabka­n ia dapat ‘berehat’ seketika, sekali gus

BUMI yang tiada rimba, seumpama hamba, Dia dicemar manusia, yang jahil ketawa ....

menarik kunjungan hidupan liar dan pelbagai jenis burung yang mampu mengekalka­n ekosistem,” katanya kepada Bernama.

Menariknya, sepanjang kira-kira 20 minit perjalanan, kami disajikan dengan fenomena ‘crown shyness’ yang terhasil daripada silara (rimbunan daun pada atas pokok) pokok kapur (Dryobalano­ps aromatica) yang tidak bersentuha­n antara satu sama lain, seakan-akan mengamalka­n penjarakan sosial.

Menurut Edi Hermi, pemandanga­n seperti teka-teki jigsaw di langit ini merupakan salah satu tarikan yang paling terkenal dalam FRIM dan menarik perhatian Saluran Televisyen Amerika, National Geographic (NatGeo) untuk mengabdika­nnya di dalam portal berkenaan.

“Pokok kapur mempunyai batang berbentuk silinder yang lurus dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 meter yang disokong dari bawah oleh banir yang ka“Prosedur dangkala mencapai beberapa meter tinggi,” jelasnya.

PERMIT RENTAS HUTAN, BUKIT

Biarpun ketika itu jarum jam sudah menunjukka­n jam 12 tengah hari, kami tidak berasa bahang terik matahari kerana terdapat ratusan pohon besar memayungi sebahagian hutan.

Bagi yang tidak biasa merentas atau mendaki hutan, denai hutan ini sudah memadai sebagai aktiviti permulaan kerana laluannya begitu teratur, dibina tangga dan lengkap dengan penunjuk arah.

Terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelah­an dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di Kepong, sebelum PKP dikuatkuas­akan, orang ramai sering menjadikan FRIM sebagai kawasan rekreasi terutamany­a pada hujung minggu.

Menurut Khali, sebarang pendakian bukit ataupun merentas hutan, tidak kira ke FRIM mahupun manamana hutan-hutan simpan atau rekreasi haruslah mendapatka­n permit kebenaran masuk daripada pihak berkaitan.

Malah kakitangan FRIM sendiri, kata beliau, perlu memohon permit masuk untuk menjalanka­n penyelidik­an dalam hutan simpan atau rekreasi dari Jabatan Perhutanan Negeri.

“Semua jenis lawatan ke FRIM juga sebenarnya memerlukan kebenaran sama ada dalam bertulis ataupun tiket, meskipun hanya untuk rekreasi ataupun berjoging. ini penting bukan sahaja untuk melindungi persekitar­an alam semula jadi, tetapi bagi mengelakka­n berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya sambil memberi contoh kejadian seorang pengunjung tersesat ketika melakukan aktiviti jungle trekking di denai alam FRIM, dua tahun lepas.

Beliau menambah, sebarang kegiatan jungle trekking perlu ada jurupandu alam (nature guide) bertauliah bagi memastikan keselamata­n dan mengelakka­n daripada vandalisme berlaku di dalam hutan.

“Berikutan COVID-19 dan PKP, jumlah pendaki perlu dihadkan dan syarat wajib untuk menggunaka­n khidmat jurupandu juga boleh ditetapkan bukan sahaja untuk keselamata­n, tetapi juga memberi pendedahan dan pendidikan kepada pendaki mengenai kepentinga­n ekosistem hutan kepada manusia,” katanya.

Khali berkata, pemasangan CCTV adalah antara langkah bagi memastikan keselamata­n pengunjung di hutan pendidikan dan rekreasi, selain mengelakka­n vandalisme harta benda awam.

“Bagaimanap­un, pendidikan alam sekitar sangat penting bagi memberi kesedaran kepada pengunjung tentang penjagaan hutan, terutamany­a terhadap pengambila­n hasil hutan kerana ia akan merosakkan ekosistem.

“Kesalahan mengambil hasil hutan tanpa kebenaran itu adalah tertakluk kepada Subseksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

HUTAN SIMPAN, PENANAMAN POKOK PENYEJUK SUHU

DI BANDAR

Pembanguna­n bandar dan penempatan secara tidak langsung mengurangk­an kawasan hijau dan hutan sebagai penyimpan khazanah alam semula jadi.

Khali yang menegaskan perkara ini berkata, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan terus berusaha mewartakan kawasan hijau dan hutan rimba sebagai hutan simpan kekal bagi mengekalka­n ekosistem dan menurunkan haba bandar akibat pembanguna­n pesat.

“Secara keseluruha­nnya, kira-kira 12.7 juta hektar hutan simpan diwartakan di seluruh negara. Bagi hutan pendidikan pula sebanyak 128 kawasan merangkumi 123 Taman Eko Rimba dan lima hutan taman negeri,” katanya.

Beliau menambah, suasana persekitar­an hutan simpan yang dikeliling­i pokok hutan hujan tropikal turut berupaya menurunkan haba dan menyerap gas karbon yang dihasilkan oelh kenderaan dan kilang di sekitarnya.

“Pokok dari kawasan hutan simpan dan pendidikan di bandar juga mampu menyerap bau serta gas tercemar, serta menapis partikel terampai yang melekat di daun dan batang pokok.

“Menurut kajian, dalam 0.4 hektar pokok yang matang berfungsi menyerap karbon dioksida yang dikeluarka­n oleh 26,000 batu kereta secara puratanya dan sebatang pokok yang matang mampu menyerap 21.8 kilogram karbon dioksida setahun,” katanya.

Khali berkata, selain pemelihara­an hutan simpan, kerajaan juga menggerakk­an usaha penghijaua­n negara melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilaksanak­an selama lima tahun bermula tahun 2021.

“Kewujudan kawasan hijau di bandar berupaya menyumbang kepada kesejahter­aan bandar, selain berperanan sebagai lokasi untuk aktiviti riadah dan rekreasi, serta medium aktiviti kemasyarak­atan. “FRIM menyokong sepenuhnya tindakan PBT dan kerajaan negeri bagi menjayakan kempen penanaman pokok di jalan-jalan dan bangunan bandar, seiring dengan prinsip asas dalam arborikult­ur iaitu ‘Tanam pokok yang sesuai di tempat yang sesuai’ (Plant a right tree at a right place),” katanya.

Menurut beliau, terdapat kira-kira 20 spesies pokok teduhan dan hiasan yang berpotensi dijadikan sebagai pokok ameniti pilihan untuk ditanam di dalam kawasan bandar.

“Antara pokok yang sesuai ditanam di kawasan bandar termasukla­h jemerlang (Yellow flame), penaga lilin (Mesua ferrea), bunga tanjung (Mimusops elengi), dan geronggang (Cratoxylum formosum).

“Penanaman pokok di bandar adalah bagi mengindahk­an jalan-jalan dan bangunan, memberi teduhan, mengurangk­an silauan matahari, merendahka­n suhu dan mengurangk­an pencemaran udara,” katanya.

Beliau berkata, peranan Arborist atau ‘doktor pokok’ juga penting dalam memastikan pokok yang ditanam di sekitar bandar mendapat penjagaan rapi dari segi pemindahan pokok, pemangkasa­n, pengurusan risiko, pencegahan kerosakan akibat cuaca dan kesuburan pokok.

“Ia juga bagi mengelakka­n daripadapo­koktumbang­akibat terlalu tua dan cuaca tidak menentu,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? JADI TARIKAN: Pemandanga­n seperti teka-teki jigsaw di langit ini merupakan salah satu tarikan yang paling terkenal dalam FRIM dan menarik perhatian Saluran Televisyen Amerika, National Geographic (NatGeo) untuk mengabdika­nnya di dalam portal berkenaan.
— Gambar Bernama JADI TARIKAN: Pemandanga­n seperti teka-teki jigsaw di langit ini merupakan salah satu tarikan yang paling terkenal dalam FRIM dan menarik perhatian Saluran Televisyen Amerika, National Geographic (NatGeo) untuk mengabdika­nnya di dalam portal berkenaan.
 ?? — Gambar Bernama ?? POKOK KEBANGSAAN: Khali menunjukka­n Pokok Merbau yang merupakan Pokok Kebangsaan ketika ditemui Bernama barubaru ini sempena Hari Hutan Antarabang­sa 2021.
— Gambar Bernama POKOK KEBANGSAAN: Khali menunjukka­n Pokok Merbau yang merupakan Pokok Kebangsaan ketika ditemui Bernama barubaru ini sempena Hari Hutan Antarabang­sa 2021.
 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU RAMAH: Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Hutan Malaysia (FRIM) Dr Khali Aziz Hamzah ketika ditemu ramah bersama Bernama baru-baru ini sempena Hari Hutan Antarabang­sa 2021.
— Gambar Bernama TEMU RAMAH: Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Hutan Malaysia (FRIM) Dr Khali Aziz Hamzah ketika ditemu ramah bersama Bernama baru-baru ini sempena Hari Hutan Antarabang­sa 2021.
 ?? — Gambar Bernama ?? POKOK BERSEJARAH: Khali (kiri) menunjukka­n pokok yang terdapat di FRIM ketika ditemui di FRIM baru-baru ini sempena Hari Hutan Antarabang­sa 2021 di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama POKOK BERSEJARAH: Khali (kiri) menunjukka­n pokok yang terdapat di FRIM ketika ditemui di FRIM baru-baru ini sempena Hari Hutan Antarabang­sa 2021 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia