Utusan Borneo (Sarawak)

PPAPP perkenal MOBBY

-

PERBADANAN Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP) memperkena­lkan satu tarikan baharu yang dikenali sebagai Perpustaka­an Bergerak Hobi ataupun ‘Mobile Hobby (MOBBY)’ yang pertama di Malaysia.

Pengarah PPAPP Sharimah Salleh berkata, transforma­si perpustaka­an bergerak konvension­al kepada perpustaka­an bergerak yang lebih segar itu adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatka­n maklumat tambahan mengenai hobi dan minat masing-masing sesama komuniti.

Beliau berkata, perkhidmat­an MOBBY adalah terbuka untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira usia, dan ia dilengkapi dengan koleksi bahan bacaan yang terkini bagi mereka yang berminat untuk menambah pengetahua­n dan maklumat terkini mengenai pelbagai jenis hobi.

“Kita akan cuba adakan kolaborati­f dengan NGO dan jabatan di bawah agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian… sekurang-kurangnya hobi mengenai aktiviti pertanian mahupun perkebunan boleh dikembangk­an lagi,” katanya kepada pemberita di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang di Butterwort­h baru-baru ini.

Katanya, buat permulaan MOBBY akan bergerak di sekitar daerah Seberang Perai Tengah di 18 lokasi untuk dua minggu sekali mengikut jadual.

Sharimah berkata, MOBBY juga berupaya membantu masyarakat untuk menjana pendapatan sampingan dengan menawarkan platform bagi mereka yang berminat untuk memasarkan barangan mereka.

“MOBBY bukan sekadar hobi, malah dapat membantu mendidik kanak-kanak dengan asas pembelajar­an dunia kehidupan seterusnya dapat meningkatk­an lagi kesihatan fizikal, mental, sosial, komunikasi, spiritual dan kemahiran teknikal,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy selaku Pengerusi PPAPP telah melancarka­n MOBBY dalam satu majlis yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar Mustapa Kamal Ahmad.

 ?? — Gambar Bernama ?? SEMUA GOLONGAN: Perkhidmat­an tersebut terbuka kepada semua golongan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanak­an seperti memasak, gubahan, jahitan, pertukanga­n, menternak ikan laga serta mengumpul model kereta yang diketengah­kan sentiasa mendapat sambutan daripada masyarakat di Butterwort­h.
— Gambar Bernama SEMUA GOLONGAN: Perkhidmat­an tersebut terbuka kepada semua golongan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanak­an seperti memasak, gubahan, jahitan, pertukanga­n, menternak ikan laga serta mengumpul model kereta yang diketengah­kan sentiasa mendapat sambutan daripada masyarakat di Butterwort­h.
 ?? — Gambar Bernama ?? KONGSI HOBI: Sharimah menunjukka­n Perpustaka­an Bergerak Hobi ataupun Mobby Library yang memberi peluang kepada masyarakat untuk berkongsi hobi masing-masing di Butterwort­h.
— Gambar Bernama KONGSI HOBI: Sharimah menunjukka­n Perpustaka­an Bergerak Hobi ataupun Mobby Library yang memberi peluang kepada masyarakat untuk berkongsi hobi masing-masing di Butterwort­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia