Utusan Borneo (Sarawak)

Agong berkenan lancar program Pemerkasaa­n Komuniti 29 Mac

Antara inti pati program tersebut adalah untuk memaklumka­n masyarakat bersama-sama menjaga komuniti sekeliling dan keluarga dari COVID-19

-

“Sejak program ini digerakkan dari Februari lepas, kita nampak usaha itu membuahkan hasil dengan penurunan kes COVID-19 yang ada kaitan dengan usaha dilaksanak­an bersama komuniti. ”

PUTRAJAYA: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan melancarka­n program Pemerkasaa­n Komuniti yang digerakkan bagi menangani pandemik COVID19 serta menyampaik­an Titah Diraja pada 29 Mac ini secara siaran langsung di saluran televisyen.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, antara inti pati program tersebut adalah untuk memaklumka­n kepada masyarakat agar bersama-sama menjaga komuniti sekeliling dan keluarga masing-masing daripada risiko jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, antara aktiviti Pemerkasaa­n Komuniti adalah penubuhan ejen basmi COVID-19 (ABC-19), pertanding­an kampung atau komuniti bandar zon hijau serta membantu pendaftara­n vaksinasi untuk komuniti di pedalaman yang sukar dicapai oleh kumpulan lain dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Datuk Dr Aminuddin Hassim

“Sejak program ini digerakkan dari Februari lepas, kita nampak usaha itu membuahkan hasil dengan penurunan kes COVID-19 yang ada kaitan dengan usaha dilaksanak­an bersama komuniti,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada program Santai Mesra Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Sallehuddi­n Hassan Bersama Media, di sini kelmarin.

Aminuddin berkata, NADMA diberi tanggungja­wab

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

untuk menambah pendaftara­n penerimaan vaksin khusus di kawasan pedalaman dengan menggunaka­n kekuatan pengaruh ketua komuniti.

“Kita harus bersedia untuk memastikan kumpulan yang tiada telefon bimbit dan berada di kawasan pendalaman berpeluang untuk divaksinas­i,” katanya, serta menambah masalah tiada hubungan internet atau telefon bimbit khususnya di kawasan pedalaman telah menarik keprihatin­an Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pertanding­an komuniti Zon Hijau COVID19 akan dilaksanak­an selama enam bulan bermula 1 April ini hingga 30 September untuk menjaga dan memastikan kawasan masing-masing bebas daripada risiko jangkitan COVID-19.

“Kampung atau komuniti terbaik akan menerima hadiah berbentuk peruntukan bagi tujuan pembanguna­n,” katanya.

NADMA juga akan berjumpa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 23 Mac ini bagi mendapatka­n bekerjasam­a dan kepakaran NGO untuk mendekati komuniti serta menghebahk­an cara terbaik untuk bersama-sama menjaga daripada risiko COVID-19, katanya.

 ??  ?? AMINUDDIN
AMINUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia