Utusan Borneo (Sarawak)

SICP pastikan penerima vaksin tidak terlepas temu janji suntikan

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang telah menyediaka­n data 360,000 penerima suntikan vaksin fasa kedua di negeri ini, di laman web Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) bagi memastikan mereka tidak terlepas temu janji vaksin MySejahter­a.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, aplikasi SICP menggunaka­n data yang diperoleh daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mereka yang layak dikategori­kan sebagai penerima vaksin fasa kedua yang dijadualka­n bermula pada April ini, terdiri daripada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit kronik.

“Individu atau ahli keluarga mereka yang tergolong dalam senarai penerima kedua boleh melayari SICP untuk menyemak jika nama mereka berada dalam senarai penerima vaksin atau jika tiada, boleh mendaftar di laman web tersebut.

“Mereka juga perlu mengisi nombor telefon yang boleh dihubungi di laman web tersebut, membuat pengesahan dan akan menerima tarikh temu janji pemberian vaksin menerusi SICP selain notifikasi oleh MySejahter­a,” katanya selepas melancarka­n SICP di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Wan Rosdy juga menerima suntikan dos kedua vaksin COVID19 Pfizer-BioNTech, bagi melengkapk­an penerimaan vaksin tersebut, selepas menerima dos pertama pada 26 Februari lalu.

Beliau berkata, idea untuk mewujudkan SICP timbul selepas mengambil kira kebarangka­lian ada individu tidak mempunyai telefon pintar, atau jika ada, tidak memuat turun aplikasi MySejahter­a untuk menerima notifikasi tarikh temu janji suntikan vaksin.

“SICP juga menyediaka­n 12 talian untuk dihubungi bagi urusan seperti semakan, kemas kini data atau menukar tarikh temu janji. Sehubungan itu, kami berharap penggunaan SICP membolehka­n program imunisasi bagi rakyat Pahang berjalan lancar,” katanya.

Wan Rosdy juga berkata, pengesahan data SICP terutamany­a yang melibatkan data meragukan, juga akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkaitan termasuk ketua kampung dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

 ?? — Gambar Bernama ?? DISUNTIK: Wan Rosdy (duduk) menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech oleh Jururawat Klinik Kesihatan Beserah Noorhatima Mamat pada Program Imunisasi COVID-19 (Dos Kedua) Peringkat Negeri Pahang dan Pelancaran SICP di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama DISUNTIK: Wan Rosdy (duduk) menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech oleh Jururawat Klinik Kesihatan Beserah Noorhatima Mamat pada Program Imunisasi COVID-19 (Dos Kedua) Peringkat Negeri Pahang dan Pelancaran SICP di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia