Utusan Borneo (Sarawak)

Sungai Kim Kim dinaik taraf menerusi Program Denai Sungai Kebangsaan

-

JOHOR BAHRU: Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, di sini, menjadi antara kawasan rizab sungai perintis yang bakal dinaik taraf menjadi kawasan rekreasi menerusi Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dalam usaha pemulihara­an sungai di negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, menerusi program tersebut, kawasan rizab Sungai Kim Kim akan dibangunka­n sebagai kawasan rekreasi dengan pembinaan denai sungai.

Beliau berkata, sepanjang 2,000 kilometer sungai terjejas di negeri ini dipilih daripada keseluruha­n 10,000 kilometer sungai di seluruh negara akan dibangunka­n menjadi tempat laluan dan rekreasi untuk masyarakat setempat.

“Pembinaan denai sungai itu adalah satu daripada pendekatan nature-basedsolut­ion (NBS) bagi menangani cabaran sosio-alam sekitar melalui pengurusan dan penggunaan alam yang lestari dan akan dilaksanak­an di bawah Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA).

“Kehadiran orang ramai di kawasan tersebut akan menghalang pihak tidak bertanggun­gjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program ‘GotongRoyo­ng Sayangi Kim Kim’ sempena Hari Air Sedunia di Sungai Kim Kim semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Zaini Ujang.

Menurut Hasni, pada peringkat permulaan, kos mencantikk­an kawasan dan membina denai di Sungai Kim Kim berjumlah RM500,000.

Memandangk­an Sungai Kim Kim mengalir di kawasan perindustr­ian, beliau berkata pelaksanaa­n program denai itu memerlukan kerjasama dan sumbangan daripada pihak industri yang berada di sekitar kawasan berkenaan untuk bersamasam­a menjayakan­nya.

“Walaupun pelaksanaa­n program ini adalah inisiatif kerajaan, namun, badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat akan menjadi peneraju dengan menjadikan kawasan denai terpilih sebagai anak angkat serta melaksanak­an pengindaha­n (penanaman pokok), penyenggar­aan (gotong-royong) dan merangka program kesedaran di kawasan denai tersebut,” katanya.

Selain penglibata­n pelbagai agensi di bawah KASA, empat institusi pengajian tinggi awam membabitka­n Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut mengambil bahagian bagi membina landskap dan denai di sepanjang Sungai Kim Kim untuk manfaat penduduk setempat.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim bermula 7 Mac 2019 menjejaska­n hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah sehingga menyebabka­n 111 sekolah di kawasan Pasir Gudang diarahkan tutup buat sementara.

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Hasni (tengah) turun padang bagi mencantikk­an kawasan Sungai Kim Kim ketika Program‘Gotong-Royong Sayangi Sungai Kim Kim’di Sungai Kim Kim, Jalan Keluli 10, Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Hasni (tengah) turun padang bagi mencantikk­an kawasan Sungai Kim Kim ketika Program‘Gotong-Royong Sayangi Sungai Kim Kim’di Sungai Kim Kim, Jalan Keluli 10, Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK: Hasni (kiri) dan Zaini menunjukka­n tong terbiar yang menjejaska­n kawasan Sungai Kim Kim ketika menyertai Program ‘Gotong-Royong Sayangi Sungai Kim Kim’di Sungai Kim Kim, Jalan Keluli 10, Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama TUNJUK: Hasni (kiri) dan Zaini menunjukka­n tong terbiar yang menjejaska­n kawasan Sungai Kim Kim ketika menyertai Program ‘Gotong-Royong Sayangi Sungai Kim Kim’di Sungai Kim Kim, Jalan Keluli 10, Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia