Utusan Borneo (Sarawak)

Anez hadapi masalah kesihatan dibenar untuk pindah dari penjara ke hospital

-

LA PAZ: Bekas presiden sementara Bolivia Jeanine Anez akan dibenarkan untuk dipindahka­n dari penjara ke sebuah hospital kerana masalah kesihatan, menurut satu panel hakim kelmarin, kurang dari seminggu selepas penahanann­ya di atas dakwaan dikaitkan dengan pengguling­an pemimpin sebelumnya Evo Morales.

Tiga hakim dari sebuah mahkamah di La Paz telah menerima pembebasan dia “untuk pemeriksaa­n perubatan oleh para pakar kardiologi dan ujian kesihatan dalam langkah untuk melindungi nyawa dan kesihatann­ya,” jelas mereka.

Pemindahan Anez akan dilakukan di bawah “iringan” polis, tambah hakim tersebut, dan muncul selepas peguam ahli politik konservati­f tersebut memfailkan satu permohonan untuk pembebasan pada awal hari tersebut.

Pihak berkuasa menangkap dan menahan Anez, 53, pada hujung minggu lepas di atas tuduhan mengetuai satu rampasan kuasa terhadap pemimpin sosialis sebelumnya, Morales, dan mendakwa beliau dengan keganasan, hasutan dan konspirasi bersama dengan bekas menteri kehakiman dan tenaga.

Menurut kepada dokumen meminta pembebasan Anez, yang telah diperolehi oleh AFP, anggota perundanga­n itu menderita akibat satu “krisis hipertensi­on” dan dapat menyediaka­n beberapa salinan bagi rekod perubatan.

Anez, yang telah dijatuhkan hukuman tahanan praperbica­raan selama empat bulan, telah ditahan di penjara wanita di La Paz.

Amerika Syarikat menyuaraka­n “kebimbanga­n” mengenai penahanan Anez, sementara Organizati­on of American States (OAS) menyeru bagi pembebasan “semua mereka yang ditahan dalam konteks ini,” ketika mempersoal­kan keadilan di dalam mahkamah Bolivia.

“Sistem kehakiman Bolivia adalah bukan dalam satu kedudukan untuk memberikan jaminan minimum bagi satu perbicaraa­n yang adil,” Setiausaha Agung pejabat OAS, Luis Almagro menyatakan dalam satu kenyataan.

Bolivia sekarang dipimpin oleh Luis Arce, seorang anggota dari parti Morales, Movement for Socialism (MAS) yang mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum November, memenangi semula jawatan presiden dan mengukuhka­n kawalannya dalam Kongres.

Kedua-dua Morales dan Arce menuduh Anez sebagai mengetuai apa yang mereka gelar sebagai satu rampasan kuasa, dengan MAS kalah bagi jawatan presiden selama setahun.

Anez memegang kuasa pada November 2019 selepas Morales dan beberapa sekutu kanan MAS meletakkan jawatan selepas bantahan selama beberaoa minggu bagi pelantikan semula beliau yang kontrovers­iuntuksatu­penggal keempat yang bertentang­an dengan perlembaga­an.

Ketika Morales melarikan diri dalam buangan, Anez merupakan ahli Parlimen paling kanan yang tinggal dan telah mengangkat sumpah di depan Kongres sebagai presiden sementara meskipun kekurangan korum, dengan ramai anggota perundanga­n MAS yang memboikot sesi tersebut.

Waran tangkap telah dikeluarka­nuntuk tiga bekas menteri lagi termasuk bekas ketua tentera dan polis dan malah beberapa warga awam dituduh sebagai mengetuai bantahan menentang pelantikan semula Morales.

 ?? — Gambar AFP ?? DITAHAN: Anez (tengah) diiringi anggota polis dari unit FELCC selepas di tahan di La Paz, Bolivia.
— Gambar AFP DITAHAN: Anez (tengah) diiringi anggota polis dari unit FELCC selepas di tahan di La Paz, Bolivia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia