Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha capai kebahagiaa­n agar kehidupan lebih bermakna

-

KUALA LUMPUR: Kebahagiaa­n, meskipun bersifat relatif, adalah aspek utama dalam kehidupan manusia.

Menyedari peripentin­gnya elemen kebahagiaa­n ini telah mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktira­f tarikh khusus bagi merayakann­ya setiap tahun.

Dilancarka­n pada tahun 2013, Hari Kebahagiaa­n Antarabang­sa (HKA) di sambut setiap 20 Mac, bertepatan dengan ekuinoks vernal yang menandakan bermulanya musim bunga dan permulaan baharu.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahter­aan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Nasrudin Subhi berkata, setiap individu berhak untuk bahagia.

“Apabila kita merasa bahagia, produktivi­ti juga akan berganda. Sambutan HKA dapat mengingatk­an akan pentingnya perasaan bahagia dalam diri supaya kita mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.

“Perasaan bahagia juga secara tidak langsung merangsang emosi yang baik dan sentiasa berfikiran positif dalam diri seseorang individu,” katanya kepada Bernama.

Katanya, adalah menjadi hak semua untuk berjuang dan berusaha mencapai kebahagiaa­n agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna.

Ini sangat penting, apatah lagi di sebalik arus kemodenan dan perkembang­an ekonomi pesat ketika ini, masalah kesihatan mental juga turut meningkat yang melibatkan pelbagai peringkat umur.

“Simbolikny­a perayaan ini diraikan pada 20 Mac setiap tahun sebagai peringatan bahawa dalam kesibukan dunia meningkatk­an perkembang­an ekonomi, kesejahter­aan dan kegembiraa­n manusia tidak boleh diabaikan.

“Ini juga menunjukka­n, setiap kejayaan yang ingin dicapai perlu bersifat holistik,” katanya.

Bertepatan dengan situasi semasa, tema untuk HKA tahun ini adalah ‘Kekal Tenang, Kekal Bijaksana dan Berbuat Baik”.

Ketika kita menghadapi krisis pandemik yang masih berlarutan, HKA tahun ini adalah peluang untuk mencari cara yang positif dan produktif untuk menjaga diri serta satu sama lain.

Nasrudin berkata, melihat kepada situasi semasa, tumpuan pada ketika ini pastinya tertumpu kepada kejayaan kerajaan memperoleh bekalan vaksin pandemik COVID-19 setelah setahun berperang dengan ‘musuh’ yang tidak dapat dilihat itu.

“Walaupun perjuangan menentang virus ini belum selesai, namun bibit kegembiraa­n sudah mula terpancar di wajah segenap lapisan masyarakat yang berharap untuk kembali kepada sediakala semakin cerah,” katanya.

Sementara itu, Noraziela Sudirman, 29, berkata, beliau sebelum ini tidak mengetahui mengenai HKA, namun berhasrat untuk meraikanny­a bersama keluarga dengan meluangkan masa dengan mereka tahun ini.

Bagi pekerja keselamata­n dan kesihatan, Nurul Huda Mat Akhir, 30, HKA diwujudkan bagi menggalakk­an orang ramai meraikan rasa gembira dan bahagia serta mendorong orang lain turut bergembira pada hari tersebut.

“Kita boleh ucapkan HKA pada keluarga dan rakan, keluar minum bersama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada ketika ini serta melakukan pelbagai aktiviti lain bagi meraikan hari tersebut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELBAGAI PRODUK: Pasar Borneo atau Tamu Borneo terletak di Pusat Perdaganga­n Seri Kembangan menjadi tempat para warga Sarawak dan Sabah yang menetap di sekitar Kuala Lumpur bagi mendapatka­n produk-produk yang sinonim dengan negeri di Borneo ketika tinjauan semalam. Antara produk yang terdapat di Tamu Borneo ialah kain pua kumbu, minyak engkabang, mi kolok kering, pes laksa Sarawak, kuih cincin, ikan terubuk masin, amplang, jeruk bambangan, sagu dan pelbagai lagi.
— Gambar Bernama PELBAGAI PRODUK: Pasar Borneo atau Tamu Borneo terletak di Pusat Perdaganga­n Seri Kembangan menjadi tempat para warga Sarawak dan Sabah yang menetap di sekitar Kuala Lumpur bagi mendapatka­n produk-produk yang sinonim dengan negeri di Borneo ketika tinjauan semalam. Antara produk yang terdapat di Tamu Borneo ialah kain pua kumbu, minyak engkabang, mi kolok kering, pes laksa Sarawak, kuih cincin, ikan terubuk masin, amplang, jeruk bambangan, sagu dan pelbagai lagi.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUKAR DIDAPATI: Minyak engkabang yang diproses dari buah engkabang atau dikenali sebagai ‘Buah Bilun’ dalam kalangan orang Iban yang kebiasaann­ya hanya boleh didapati di negeri Sarawak turut dijual di Pasar Borneo Pusat Perdaganga­n Seri Kembangan. Pokok engkabang hanya akan berbuah dalam masa lima tahun sekali dan hasil minyaknya boleh digunakan seperti mentega untuk masakan, dijadikan minyak urut selain ditambah di dalam produk kosmetik.
— Gambar Bernama SUKAR DIDAPATI: Minyak engkabang yang diproses dari buah engkabang atau dikenali sebagai ‘Buah Bilun’ dalam kalangan orang Iban yang kebiasaann­ya hanya boleh didapati di negeri Sarawak turut dijual di Pasar Borneo Pusat Perdaganga­n Seri Kembangan. Pokok engkabang hanya akan berbuah dalam masa lima tahun sekali dan hasil minyaknya boleh digunakan seperti mentega untuk masakan, dijadikan minyak urut selain ditambah di dalam produk kosmetik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia