Utusan Borneo (Sarawak)

KPM cadang guna teknologi PPVC untuk projek pembinaan sekolah tambahan

-

PUTRAJAYA: Teknologi Pembinaan Volumetrik Prafabrika­si Prasiap (PPVC) dipertimba­ng untuk digunakan bagi projek pembinaan bangunan sekolah tambahan selepas terbukti sesuai, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, teknologi sistem binaan PPVC telah diguna pakai dalam pembanguna­n 35 bilik darjah tambahan di lima sekolah di Putrajaya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 5 (1), SK Presint 9 (2), SK Presint 14 (1), SK Presint 17 (1) dan SK Presint 18 (1).

“Ini merupakan projek pertama yang menggunaka­n teknologi ini (PPVC) dan kita akan lihat keberkesan­an serta kualiti. Kemungkina­n boleh diperluas ke seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas melawat bilik darjah tambahan di SK Presint 18 (1) di sini semalam.

Memperinci­kan mengenai PPVC, Radzi berkata struktur bilik darjah dilengkapi lampu dan kipas dipasang di kilang sebelum dibawa ke sekolah untuk ditempatka­n di kawasan yang telah ditentukan sebagai bilik darjah tambahan.

Projek tambahan bilik darjah di lima sekolah itu bermula pada November lepas dan siap sepenuhnya 16 Mac lalu.

Menjelang permulaan sesi persekolah­an sepenuhnya secara bersemuka bagi pelajar sekolah menengah April bulan depan, Radzi berkata aspek penyuraian murid diberi penekanan agar prosedur operasi standard (SOP) di sekolah dipatuhi.

“Aspek tambah baik SOP ini juga membabitka­n kerjasama ibu bapa agar segalanya lancar,” katanya.

Kerajaan mengumumka­n pelajar sekolah menengah akan memulakan sesi persekolah­an pada 4 April bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) pada 5 April. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Radzi (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian tenaga pengajar ketika melawat bangunan baharu SK Putrajaya Presint 18 (1) di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim (duduk, kiri).
— Gambar Bernama TERBAIK: Radzi (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian tenaga pengajar ketika melawat bangunan baharu SK Putrajaya Presint 18 (1) di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim (duduk, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia