Utusan Borneo (Sarawak)

Imigresen beri jaminan selesai isu perbaharui pasport di Singapura

Kesesakan di STM sejak dua hari lepas berpunca daripada gangguan sistem serta kerosakan pada satu daripada dua mesin pencetak pasport

-

“Bagi mereka yang ada masa itu, kita minta mereka mohon secara dalam talian dan permohonan akan diproses di pejabat Imigresen di Johor...dalam masa empat atau lima minggu pasport akan dikeluarka­n.”

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen memberi jaminan akan menyelesai­kan isu kesesakan di Suruhanjay­a Tinggi Malaysia (STM) di Singapura susulan kesukaran memperbaha­rui Pasport Malaysia Antarabang­sa (PMA) di negara itu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menempatka­n lapan pegawai di STM bermula minggu hadapan bagi membantu melancarka­n proses dokumentas­i pasport di republik itu.

“Sekarang kita ada lima petugas di sana dan akan datang lapan pegawai Kastam turut membantu… tindakan sedang diambil,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyertai Ops Penguatkua­saan Imigresen di Jalan Imbi, awal pagi semalam.

Turut sama dalam operasi tersebut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau turut mengakui isu tersebut berlarutan sejak Oktober tahun lepas dan tindakan sedang dilaksanak­an bagi mengatasi masalah itu.

Khairul Dzaimee berkata, kesesakan di STM sejak dua hari lepas berpunca daripada gangguan sistem serta kerosakan pada satu daripada dua mesin pencetak pasport selain pemohon yang datang secara terus (walk-in) tanpa membuat janji temu.

“Kita sudah nasihatkan mereka (rakyat Malaysia di Singapura) untuk membuat permohonan secara dalam talian tetapi mereka tetap datang (walk-in). Kita beri keutamaan

Datuk Khairul Dzaimee Daud

Ketua Pengarah Imigresen

kepada yang perlu perbaharui pasport untuk permit kerja kerana mereka tidak boleh keluar (rentas negara).

“Bagi mereka yang ada masa itu, kita minta mereka mohon secara dalam talian dan permohonan akan diproses di pejabat Imigresen di Johor...dalam masa empat atau lima minggu pasport akan dikeluarka­n,” katanya.

Kelmarin, Khairul Dzaimee dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Kementeria­n Luar Singapura bagi membenarka­n kakitangan syarikat Datasonic Berhad memasuki negara itu untuk melakukan kerja-kerja pembaikan bagi melancarka­n proses memperbaha­rui pasport rakyat Malaysia di Singapura. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMERIKSA: Anggota Jabatan Imigresen Malaysia memeriksa dokumen perjalanan pendatang asing dalam Operasi Penguatkua­saan Imigresen di sebuah tapak pembinaan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur malam kelmarin.
— Gambar Bernama MEMERIKSA: Anggota Jabatan Imigresen Malaysia memeriksa dokumen perjalanan pendatang asing dalam Operasi Penguatkua­saan Imigresen di sebuah tapak pembinaan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Ismail (tiga kiri) diberi penerangan oleh Khairul Dzaimee (empat kanan) ketika turun padang meninjau Operasi Penguatkua­saan Imigresen di sebuah tapak pembinaan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur malam kelmarin.
— Gambar Bernama TINJAU: Ismail (tiga kiri) diberi penerangan oleh Khairul Dzaimee (empat kanan) ketika turun padang meninjau Operasi Penguatkua­saan Imigresen di sebuah tapak pembinaan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia