Utusan Borneo (Sarawak)

EPL: Fulham kekal mendiami zon penyingkir­an

Leeds memastikan harapan pasukan Parker untuk bersaing dalam Liga Perdana tipis apabila tewas 1-2

-

LONDON: Harapan Fulham untuk meneruskan persaingan dalam Liga Perdana diranapkan ketika Raphinha memberi kemenangan 2-1 buat Leeds di Craven Cottage pada Jumaat.

Anak didik Scott Parker sepatutnya mampu keluar daripada zon penyingkir­an buat kali pertama sejak Disember 2020 sekiranya mereka memenangi permainan di laman sendiri.

Namun Patrick Bamford membawa pendahulua­n kepada Leeds dalam separuh masa pertama, sungguhpun Joachim Andersen memberi mata penyamaan sebelum rehat, Raphinha melepasi dinding pertahanan lemah Fulham untuk menyempurn­akan jaringan kemenangan pada separuh masa kedua.

Di tempat ketiga tercorot Fulham masih dua mata ketinggala­n daripada keempat tercorot Newcastle, dan berbaki dua perlawanan termasuk persaingan penting dengan pasukan yang sama lemah Brighton pada Sabtu.

Ditewaskan dalam tiga daripada empat permainan lepas, Fulham kini telah kalah 10 permainan liga di laman sendiri musim ini.

Peluang untuk bangkit masih ada lagi dengan Newcastle juga sedang bergelut, namun dengan berbaki lapan perlawanan lagi, Fulham kesuntukan masa untuk mengelak kepulangan terus ke kejohanan itu.

“Memang memadai untuk katakan kami tidak layak mendapat apa-apa. Pasukan yang terbaik akan menang,” kata Parker.

“Kami bergelut dengan kehandalan mereka. Pasukan tuan rumah tidak menampilka­n prestasi yang sepatutnya.

“Kami kini berada di peringkat akhir untuk mengatasi halangan terakhir. Kami perlu memenangi beberapa perlawanan.”

Leeds yang berada di kedudukan tengah, meraih kemenangan sulung di London selepas 17 kali percubaan.

Gol Bamford memberikan gerak balas sempurna buat pengurus pasukan England Gareth Southgate selepas beliau tidak memberi tempat kepada skuad itu untuk menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia yang bakal berlangsun­g.

“Ia berada di sebalik pemikiran. Ia memberi menyemarak­kan semangat dalam jiwa,” kata Bamford.

“Saya perlu terus berusaha dan lihat jika nama saya akan naik ke pemilihan. Jika saya meneruskan prestasi seperti ini saya rasa saya akan diberi peluang.”

Leeds mendahului seawal minit ke-29 hasil daripada sikap optimistik Bamford.

Serangan pantas menampakka­n kealpaan Fulham ketika Jack Harrison menemui ruang untuk melorong bola hampir ke pintu gol dan Bamfort berjaya mengejar bola lalu menyempurn­akan gol melepasi Alphonse Areola untuk gol ke-14 beliau dalam musim ini.

Sungguhpun dengan dua gol sahaja dalam sembilan permainan di tempat sendiri, Fulham memberi tentangan dengan skor penyamaan dan menampakka­n kelemahan Leeds pada minit ke-38.

Setelah anak buah Marcelo Biela gagal menghalang sepakan sudut Ademola Lookman, pemain pertahanan mereka Andersen berjaya melepasi Luke Ayling untuk merembat pintu gol dari lima meter.

Gol pertama Andersen sejak dipinjam daripada Lyon tahun lepas juga merupakan gol sisi ke-15 buat Leeds musim ini.

Setelah menampilka­n kehandalan dari awal permainan, Bamford memberi bantuan lagi 58 minit dalam perlawanan.

Kalvin Phillips merampas bola dari Mario Lemina lalu Bamford mengumpan kepada Raphinha, yang memberi pengajaran kepada barisan pertahanan lemah Fulham dengan menjaringk­an gol melepasi Areola.

“Kami kini berada di peringkat akhir untuk halangan terakhir. Kami perlu memenangi beberapa perlawanan. ”

Scott Parker

Pengurus Fulham

 ??  ?? PERTEMBUNG­AN: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Fulham dan Leeds Utd di Craven Cottage, London. Leeds Utd menang 2-1.
PERTEMBUNG­AN: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Fulham dan Leeds Utd di Craven Cottage, London. Leeds Utd menang 2-1.
 ??  ?? PARKER
PARKER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia