Utusan Borneo (Sarawak)

ATP Dubai: Karatsev kejutkan Rublev

-

DUBAI: Aslan Karatsev berjaya mengatasi lawan Andrey Rublev di Dubai pada Jumaat dalam musim impiannya untuk mara ke pusingan akhir ATP buat julung kali.

Pemain 27 tahun itu, merupakan pemain lelaki pertama yang mara ke separuh akhir dalam debut Grand Slam semasa Terbuka Australia bulan lepas, menyingkir­kan rakan senegara dengan 6-2, 4-6, 6-4.

Karatsev, berjaya melonjak daripada ranking dunia 114 ke 42 selepas Terbuka Australia, menentang Lloyd Harris dalam pusingan akhir pada Sabtu selepas pemain kelahiran Afrika Selatan itu menang 6-7 (5/7), 6-4, 7-6 (8/6) kepada Denis Shapovalov.

“Ia merupakan permainan yang sengit menentang saingan handal,” kata Karatsev.

Ini merupakan pusingan akhir pertama beliau dalam pertanding­an perseorang­an, setelah membawa pulang gelaran juara ATP sulungnya bermain dengan Rublev dalam beregu Doha minggu lepas.

Karatsev mendahului set pembuka dengan lima mata berterusan, namun dipintas semula dalam pusingan kedua apabila Rublev mengatasi dalam mata ke 10, sungguhpun berjaya dengan lima mata pendahulua­n ketika set bermula.

Namun kehandalan Karatsev tidak mampu dinafikan, dan bangkit mendahului 5-2, sebelum bertahan dengan hantaran lawan Rublev.

Beliau menyelamat­kan dua mata pendahulu dalam perlawanan akhir yang tegang itu, sebelum meraih kemenangan dengan mata penyamaan kedua.

“Dalam set ketiga, saya berjaya mematahkan beliau lagi. Saya mendahului dengan dua pendahulu dan lagi sekali pada 5-4 dalam perlawanan sengit itu,” tambah Karatev.

Dalam perlawanan lain, Harris kalah dalam satu set namun berjaya mengalahka­n Shapovalov. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia