Utusan Borneo (Sarawak)

Isabelle jadi kapten polo termuda di Asia Tenggara

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TUARAN: Pada usia 13 tahun, Isabelle Lonjuing Sayeed anak kelahiran Sabah sekali lagi membanggak­an negerinya dan Malaysia dengan menjadi kapten polo termuda di Asia Tenggara serta pemain polo termuda di Sabah.

Isabelle yang berasal dari Penampang juga mengasaska­n pasukan polo wanita Sabah yang pertama, El Viento dan berjaya melatih pemain pasukan yang jauh lebih tua dari usianya iaitu dalam teknik menunggang kuda sebelum bermain permainan polo seterusnya menjadikan mereka mahir dengan peraturan dan undang-undang permainan.

Katanya buat masa ini, dia berlatih dengan pemain lain iaitu Owen Wan David bermula asas menunggang kuda sehingga melakukan ‘stick and ball’ dalam catatan waktu hanya satu minggu.

“Rakan sepasukan saya menggelar saya ‘Cikgu Cilik’.

“Selepas enam bulan menjadi pelatih kuda perlumbaan termuda di dunia, saya mencapai satu lagi kejayaan dalam karier muda dan membanggak­an Sabah dan Malaysia”.

“Saya seorang pelajar sekolah berkuda polo yang lengkap, pelumba set dan pelatih polo. Saya juga mahir dalam menaja dan mengatur kejohanan polo, menguruska­n Chukkas dalaman dan menyiapkan senarai Chukka untuk permainan polo," katanya.

Menurutnya segala kemahiran adalah di bawah bimbingan dua orang guru berkuda sejak mula menceburi karier berkuda pada umur 5 tahun iaitu Susan Douglas dan Claire Mosuin.

Menurutnya selain terikat dengan pembelajar­an di

Sayfol Internatio­nal School, beliau juga menghabisk­an masa lapangnya bersama dengan sepuluh ekor kudanya sendiri.

“Tujuh dari mereka dilatih untuk berlumba dan tiga kuda polo turut dilatih untuk berlumba selama tujuh hari seminggu.

“Mengikut bimbingan Tokoh Sukan David Wang juga mentor saya serta pembantu di Litar Adri Jari, saya dapat meningkatk­an kemahiran setiap hari, dan memberikan kepakaran kepada pemain polo yang akan datang,” katanya.

Peter Abishegana­den dari KL Polo Academy juga memainkan peranan besar dalam kejayaan Isabelle dalam polo, dan menjadi penasihat berkuda beliau yang berpusat di Kuala Lumpur.

AyahIsabel­le, Adil

Sayeed yang juga seorang pemain polo gol tinggi turut menjadi pembimbing­nya dalam menjayakan sukan polo ini.

Beliau juga seorang penggemar sukan berkuda dan mempunyai pengetahua­n tentang kuda lebih tinggi daripada penggemar senior dalam bidang ini dan sudah terkenal di dunia sebagai penunggang kuda yang luar biasa.

Dia juga akan berada di Amerika Syarikat untuk lumba kuda lanjutan pada bulan Julai dan Ogos tahun ini dan akan berada di Argentina selama satu tahun pada tahun 2023-24 untuk latihan polo lanjutan.

Anak kebanggan rakyat Sabah ini akan mengendali­kan kelab polo dan kelab ekuestrian standard antarabang­sa di Papar selepas kembali dari perlumbaan terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? ISABELLE
ISABELLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia