Utusan Borneo (Sarawak)

Bundesliga: Kemenangan RB Leipzig beri Bayern tekanan di puncak liga

-

BERLIN: Marcel Sabitzer menjaringk­an gol kemenangan pada separuh masa kedua buat RB Leipzig ke atas Arminia Bielefeld dan memberi tekanan kepada pendahulu Bundesliga­a Bayern Munich dalam persaingan untuk menduduki singghsana liga.

Leipzig yang berada di tempat kedua kini merapati Bayern dengan hanya satu mata di belakang, juga akan bermain dengan Stuttgart pada Sabtu, dan akhirnya bertemu juara liga itu pada 3 April.

“Tiada sambutan kerana pasukan lawan membuat pertahanan yang teguh. Tetapi kami tenang dan meneruskan permainan dengan baik,” kata jurulatih Leipzig Julian Nagelsmann.

Keputusan seri dengan Eintracht Frankfurt dalam merebut slot ke Liga Juara-Juara sebelum ini mengakibat­kan Leipzig menyusut empat mata dalam pertanding­an.

Sejak permulaan anak buah Nagelsmann mendominas­i perlawanan yang mengancam Bielefeld ke zon penyingkir­an

Penjaga gol Stefan Ortega membuat penyelamat gol awal dari Emil Forsberg, sebelum Marcel Halstenber­g cuba menanduk masuk lagi sebaik sahaja memasuki separuh masa kedua.

Pemain penyerang Christophe­r Nkunku hampir meraih gol pembuka sebelum masa rehat, namun cubaan beliau ditepis oleh Ortega.

Pasukan tuan rumah ditundukka­n kurang daripada dua minit dalam separuh masa kedua, apabila Dani Olmo melorong bola ke belakang untuk Sabitzer menyempurk­an gol mudah.

Perlawanan itu menyebelah­i satu pihak menyaksika­n Leipzig membolot 75 peratus penguasaan bola dan Bielefeld hanya membalas dengan satu cubaan pada sasaran, dan Ortega terus berjaga-jaga untuk mengelak Nkunku menambah mata ke dalam garisan gol.

“Kami sudah boleh mendahului permainan dengan awal lagi, kami menambah keseronoka­n dalam persaingan, namun masih layak menang dalam 90 minit,” ulas pengarah sukan Leipzig Markus Kroesche.

“Kami telah menyempurn­akan tugas. Kini mari lihat apa yang akan dilakukan Bayern.”

Bielefeld kini berada hanya satu mata di luar zon penyingkir­an, yang kini diduduki Hertha Berlin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia