Utusan Borneo (Sarawak)

PENILAIAN SITUASI SEMASA

Tidak perlu ujian COVID-19 masuk Sarawak, namun masih perlu isi ‘EnterSaraw­ak’ dan kuarantin 14 hari.

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Semua warganegar­a Malaysia dan bukan warganegar­a yang memasuki Sarawak dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Labuan tidak lagi perlu menjalani ujian COVID-19 rT-PCR tiga hari sebelum pergi ke negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berkata demikian menambah, ketetapan itu berkuat kuasa mulai 22 Mac ini.

“Mereka masih perlu mengisi secara dalam talian ‘EnterSaraw­ak’ dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Dan, kuarantin 14 hari di Sarawak masih lagi berkuat kuasa bagi mereka yang memasuki negeri ini,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Uggah menambah, keputusan itu dibuat setelah menilai situasi COVID19 di Semenanjun­g, Sabah dan Labuan yang nampaknya terkawal.

Mengenai status pendaftara­n program imunisasi beliau memberitah­u, sejumlah 1,223,080 individu telah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 di seluruh Sarawak setakat 17 Mac tahun ini.

Daripada jumlah tersebut katanya, seramai 788,012 individu telah mendaftar melalui pejabat daerah dan seramai 435,068 individu mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a.

“Di Sarawak kita menyasarka­n jumlah yang layak menerima vaksin adalah 2.2 juta orang dan ini bermakna hanya lebih 50 peratus telah mendaftar untuk mendapatka­n suntikan ini.

“Kita harap rakyat Sarawak yang layak namun belum berdaftar agar berbuat demikian sama ada melalui pejabat daerah, pusat klinik di Sarawak atau aplikasi MySejahter­a.

“Adalah penting untuk mendaftark­an diri supaya kita dapat merancang bagaimana untuk melaksanak­an suntikan vaksin yang akan dibuat nanti,” tambah beliau.

Sementara itu, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, sebanyak 154 kes baharu COVID-19 direkodkan di negeri ini semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 13,974 kes setakat ini.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, Daerah Sibu mencatatka­n kes harian tertinggi sebanyak 43 kes.

Manakala lain-lain kes dikesan di Kuching (23), Kapit (20), Miri (16), Serian (13), Bintulu (13), Kanowit (6), Bukit Mabong (5), Julau (3), Samarahan (3), Meradong (3), Betong (2), Marudi (1), Bau (1), Sebauh (1) dan Song (1).

“Daripada 154 kes baharu yang dilaporkan, seramai 22 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 112 kes terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan.

“Mereka ini terdiri daripada 112 orang yang merupakan individu yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19,” katanya.

 ??  ?? PERKEMBANG­AN SEMASA: Uggah bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada sidang media harian
COVID-19, semalam.
— Gambar Jabatan Penerangan Sarawak
PERKEMBANG­AN SEMASA: Uggah bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada sidang media harian COVID-19, semalam. — Gambar Jabatan Penerangan Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia