Utusan Borneo (Sarawak)

Gunung Buda terus dibangun

Ia mempunyai potensi untuk dibangunka­n sebagai daya tarikan lebih ramai pelancong, kata Nancy

- Oleh Mastura Ismail

“Kerajaan persekutua­n bergantung kepada permohonan yang diutarakan kerajaan negeri termasuk membangunk­an Gunung Buda sebagai warisan dunia yang bersambung dengan Gua Mulu.”

Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia

LIMBANG: Usaha membangunk­an Gunung Buda yang merupakan khazanah dunia sebagai destinasi pelanconga­n di Sarawak merupakan antara usaha yang sedang giat dilaksanak­an kerajaan persekutua­n di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Gunung Buda mempunyai potensi untuk dibangunka­n sebagai daya tarikan lebih ramai pelancong.

“Kerajaan persekutua­n bergantung kepada permohonan yang diutarakan kerajaan negeri termasuk membangunk­an Gunung Buda sebagai warisan dunia yang bersambung dengan Gua Mulu,” katanya kepada media ketika melawat Loagan Langari, Batu Danau yang merupakan venue utama Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo semalam.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Setiausaha MOTAC Dato Dr Noor Zari Hamat, Timbalan Residen Limbang Sebi Abang, Wali kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan Pengerusi Kelab Bot Kawalan Jauh (KBKJ) Limbang Kaunselor John Wong.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu turut menyokong usaha penganjura­n Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo yang menarik minat pegunjung, sekali gus menghidupk­an sektor pelanconga­n luar bandar melalui penganjura­n sukan pelanconga­n.

“Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo merupakan sukan yang mampu menarik minat pelancong dan mempunyai peminatnya tersendiri.

“Jika sempadan dibuka semula, kejohanan ini boleh diteruskan dan kita akan berkolabor­atif dengan kerajaan negeri dan persekutua­n,” ujarnya.

Nancy juga menjelaska­n, kerajaan persekutua­n di bawah kementeria­nnya akan melihat senarai permohonan termasuk untuk membangunk­an Loagan Langari,

Batu Danau sebagai venue kejohanan.

Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo yang bermula pada 2016 akan diangkat ke peringkat antarabang­sa selepas mendapat penyertaan dari negara luar termasuk Thailand, selain dari Brunei, Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Kejohanan itu berjaya mempopular­kan Loagan Langari sebagai tempat rekreasi yang boleh dibangunka­n untuk penganjura­n program sama pada masa akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? TARIK PENGUNJUNG: Nancy (depan, empat kiri) bersama Dr Abdul Rahman (dua kiri), Hasbi, Sufian, Paulus dan Dr Noor Zari (tiga kanan) dan Sebi (kanan) menyaksika­n acara bot kawalan jauh di Loagan Langari, semalam.
TARIK PENGUNJUNG: Nancy (depan, empat kiri) bersama Dr Abdul Rahman (dua kiri), Hasbi, Sufian, Paulus dan Dr Noor Zari (tiga kanan) dan Sebi (kanan) menyaksika­n acara bot kawalan jauh di Loagan Langari, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia