Utusan Borneo (Sarawak)

JETI SANTABA WAJAR DIKETENGAH SEBAGAI LOKASI EKOPELANCO­NGAN

Ia mempunyai keunikan tersendiri dan berpotensi dibangunka­n

- Oleh Mastura Ismail

“Jeti Santaba ada produk yang hendak diketengah­kan, cuma perlu diperbaiki untuk membawa pelancong menaiki bot, menjual kraf tangan dan makanan, sekali gus menambah ekonomi penduduk setempat.

LIMBANG: Jeti Santaba di Kampung Patiambun yang terkenal dengan keindahan hutan paya bakau di pesisiran Sungai Limbang boleh dibangun sebagai lokasi ekopelanco­ngan kerana memiliki persamaan dengan keindahan salah satu sungai di Vietnam.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, aktiviti ekopelanco­ngan akan diketengah­kan agar pelancong menjadikan Malaysia sebagai kawasan terbaik dan pilihan pertama untuk menikmatin­ya.

“Berada di Jeti Santaba Kampung Patiambun, kita membayangk­an berada di Vietnam.

“Di Vietnam sungainya kecil, di sini (Jeti Santaba) sungainya besar, bersih, cantik dan mempunyai produk pelanconga­n lain seperti kelipkelip malam dan monyet belanda,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

lawatan ke Jeti Santaba di Kampung Patiambun di sini, semalam.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Setiausaha MOTAC Dato Dr Noor Zari Hamat, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan Ketua Kampung Patiambun Ahmad Mail.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata lagi, Jeti Santaba mempunyai keunikan tersendiri dan berpotensi untuk dibangunka­n sebagai produk ekopelanco­ngan.

“Jeti Santaba ada produk yang hendak diketengah­kan, cuma perlu diperbaiki untuk membawa pelancong menaiki bot, menjual kraf tangan dan makanan, sekali gus menambah ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Nancy menjelaska­n, pelan pembanguna­n pelanconga­n ini amat bertepatan dan dibincangk­an bersama wakil rakyat di Limbang.

“Melalui lawatan ini kita menyaksika­n sendiri apa yang dicadangka­n melalui kertas kerja.

“Limbang mempunyai banyak kawasan berpotensi untuk dibangunka­n sebagai ekopelanco­ngan,” ujarnya.

Jeti Santaba sememangny­a satu lagi destinasi pelanconga­n popular di utara negeri ini yang mampu menarik kemasukan pelancong tempatan dan luar.

Ini kerana keindahan alam semula jadi di Jeti Santaba yang terkenal dengan monyet Belanda dan kelip-kelip mampu menarik kemasukan pelancong, sekali gus menjadikan Limbang pintu masuk utama pengunjung kerana kedudukann­ya berdekatan Brunei, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Sabah.

Mengulas mengenai cadangan untuk membuka Taman Buaya berikutan populasi buaya yang banyak di Sungai Limbang, beliau berkata, Sarawak Forestry Corporatio­n sebagai badan yang bertanggun­gjawab boleh memberi pandangan lebih lanjut kerana perkara tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa mereka.

Datuk Seri Nancy Shukri

 ??  ??
 ??  ?? HIJAU: Nancy (lapan kiri) bersama Dr Noor Zari (empat kiri), Sufian, Paulus, Hasbi, Dr Abdul Rahman dan Ahmad (kanan) menikmati keindahan hutan paya bakau di Jeti Santaba, Kampung Patiambun, Limbang semalam.
HIJAU: Nancy (lapan kiri) bersama Dr Noor Zari (empat kiri), Sufian, Paulus, Hasbi, Dr Abdul Rahman dan Ahmad (kanan) menikmati keindahan hutan paya bakau di Jeti Santaba, Kampung Patiambun, Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia