Utusan Borneo (Sarawak)

ZII JIA KE SEMIFINAL

Tewaskan Momota dalam aksi suku akhir Terbuka All England

-

“Saya tidak pernah mengalahka­n beliau sebelumnya, jadi ini merupakan saat paling istimewa buat saya.”

Lee Zii Jia

Pemain badminton kebangsaan

BIRMINGHAM: Lee Zii Jia menggegark­an juara dunia dua kali Kento Momota dengan mara ke separuh akhir Terbuka All England pada Jumaat.

Pemain Malaysia itu menumpaska­n pemain nombor satu dunia dengan 2116, 21-19 dan menamatkan penyertaan pemain Jepun

setelah penampilan beliau dinanti-nantikan untuk beraksi lagi dalam permainan kebangsaan minggu ini.

Dua pemain itu bertarung sengit sehingga masa rehat pada 11-8. Lee merancakka­n permainan dari situ, namun pergerakan tangkas Momota masih memberi kemenangan tujuh mata pendahulu dalam pusingan pertama 21-16.

Pemain 22 tahun itu terus berkelebih­an, membawa skor 11-6 pada masa rehat dan perlawanan kedua it u diteruskan dengan persaingan menggerunk­an dalam arena tanpa penonton di Birmingham.

Lee menamatkan perlawanan dengan menyaksika­n bulu tangkis hantaran Momota tidak melepasi atas jaring dan menyudahka­n skor 20-19 dengan kemenangan kepada juara dunia 2019.

“Saya tidak pernah mengalahka­n beliau sebelumnya, jadi ini merupakan saat paling istimewa buat saya,” kata pemain Malaysia itu yang sudah lama menyanjung­i pemain Jepun itu.

“Saya telah membuat banyak pemerhatia­n tentang Momota. Setiap kali saya berhadapan dengannya, terasa jurang yang besar antara kami.

“Saya selalu berbincang tentang strategi yang harus saya guna pakai untuk bersaing dengannya, kami banyak berusaha tentang itu. Ini merupakan kemenangan besar buat kami.”

Kemenangan ini menempatka­n Lee dalam perlawanan menentang Mark Clajouw kelahiran Belanda dalam peringkat separuh akhir. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SYABAS: Zii Jia akan bertemu Mark Clajouw dari Belanda dalam peringkat separuh akhir.
— Gambar AFP SYABAS: Zii Jia akan bertemu Mark Clajouw dari Belanda dalam peringkat separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia