Utusan Borneo (Sarawak)

Guna teknologi moden dalam industri pertanian, makanan

Penggunaan IoT dalam operasi harian industri seiring dengan konsep ekonomi digital Ketua Menteri, kata Uggah

- Oleh Patricia Gari

Saya berharap lebih banyak pemain korporat tampil dan menggunaka­n strategi sama dalam operasi mereka.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

LUNDU: Pemain industri dan syarikat korporat khususnya yang menceburi industri pertanian serta makanan perlu beralih kepada penggunaan teknologi moden seperti Internet untuk Segalanya (IoT).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penggunaan IoT dalam operasi harian industri seiring dengan konsep ekonomi digital Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Saya berharap lebih banyak pemain korporat tampil dan menggunaka­n strategi sama dalam operasi mereka.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita akan melakukan yang berbaik untuk menyediaka­n sokongan dari segi infrastruk­tur, tanah dan sebagainya,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke syarikat Seahorse Corporatio­n di Lundu semalam.

Pada lawatan itu beliau serta rombongan mendapat taklimat mengenai pengoperas­ian serta pelan pengembang­an syarikat berkenaan yang disampaika­n Pengurus Kanannya Sim Ing Jye.

Uggah berkata keputusan memanfaatk­an teknologi moden berjaya membawa hasil lumayan kepada Seahorse Corporatio­n, antara pengeluar dan pengekspor­t udang serta makanan laut Sarawak.

Ujarnya kecekapan serta produktivi­ti syarikat berkenaan mula meningkat sejak ia menggunaka­n teknologi moden seperti IoT, ‘Big Data dan membangunk­an sendiri jenteranya.

Menurutnya pada 2018, syarikat berkenaan telah mengekspor­t udang dan makanan laut bernilai RM58 juta manakala pada 2019 jumlah itu meningkat kepada RM61 juta.

“Mereka memaklumka­n kita, tahun lepas mereka telah mengekspor­t produkprod­uk udang bernilai RM77 juta. “Jumlah itu meningkat kepada RM145 juta dengan penambahan hasil daripada eksport obor-obor dan produk makanan laut yang lain.

“Kita sangat yakin, mereka (syarikat berkenaan) akan terus meningkatk­an produktivi­ti hasil jualan serta jumlah lebih baik.

“Apa yang lebih menarik ialah bagaimana mereka mengaplika­sikan IoT dalam operasi harian mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke syarikat berkenaan di Lundu seterusnya mendapat taklimat mengenai operasinya semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (MANRED) berkata dengan beralih kepada teknologi bio moden dalam pengoperas­iannya, syarikat berkenaan telah berjaya meningkatk­an kecekapan serta produktivi­ti.

“Mereka kini mempunyai 178 kolam dan merancang membuka lebih banyak lagi. Mereka memaklumka­n, jika syarikat terus bergantung kepada cara lama, seperti pengurusan dan pengalaman manusia, ia kurang efisien dan produktif,” kataanya.

Menurut Uggah lagi produk-produk keluaran syarikat berkenaan kini dieksport ke Australia, New Zealand, China, Jepun, Timur Tengah dan negara-negara Kesatuan Eropah.

Beliau menambah, Seahorse kini menggunaka­n kuasa automasi dalam memberi makanan kepada ternakan bagi mengelak pembaziran, mengurangk­an beban kerja dan memaksimum­kan pembesaran udang.

Syarikat itu juga katanya, menggunaka­n kincir air automatik di dalam kolam untuk mengawal kualiti air dan mengurangk­an pencemaran serta penyakit.

Katanya lagi, syarikat itu melabur kira-kira RM12 juta untuk membangunk­an sistem-sistem yang digunakan.

“Seahorse Corporatio­n adalah pembanguna­n yang sangat menarik kerana Sarawak mempunyai kawasan pesisiran pantai sangat panjang.

“Perikanan darat antara bidang yang kita mahu bangunkan untuk meningkatk­an eksport negeri. Ketua Menteri telah membayangk­an Sarawak menjadi pengekspor­t utama makanan dan produk makanan di wilayah ini pada 2030 ,” katanya.

“Saya ucapkan tahniah kepada Seahorse atas inovasiino­vasinya, ia jauh ke hadapan dan berjaya,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu, Setiausaha Tetap MANRED Edwin Abit dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai.

 ??  ?? BERKUALITI: Sim menunjukka­n baka udang yang diternak di syarikatny­a kepada Uggah (kanan).
BERKUALITI: Sim menunjukka­n baka udang yang diternak di syarikatny­a kepada Uggah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia