Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n projek tertangguh di Dalat disambung semula

-

MUKAH: Beberapa projek di kawasan Dalat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) da Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) kini bersambung semula.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­an Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kesannya adalah ada antara projek terpaksa dilanjutka­n tempoh siap namun semuanya tetap berjalan lancar.

Antaranya adalah projek sistem bekalan air bersih, projek membina bumbung gelanggang futsal Kampung Sungai Kut Muara dan tandas awam tebingan Sungai Kut Muara.

“Seperti peojek sistem bekalan air bersih, para kontraktor meminta untuk dibenarkan penjaduala­n semula tarikh penyiapan baharu projek iaitu pada Oktober 2021,” jelanya ketika lawatan ke beberapa tapak projek baru-baru ini.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, walaupun projek terletak di Kampung Sungai Kut namun kontraktor yang bertanggun­gjawab datang dari kawasan lain di Dalat seperti projek bina bumbung gelanggang futsal.

“Kontraktor dan pekerjanya berasal dari Kampung Sungai Ud yang dikenakan PKPB tempoh hari, jadi kerja-kerja penyiapan turut terkesan, tertangguh dan tidak dapat dielakkan,” jelasnya.

Bagaimanap­un, beliau tetap optimis dan mendoakan agar semua projek yang telah tertangguh sebelum ini berjalan lancar dan siap secepat mungkin.

Pada masa sama, Fatimah turut berkesempa­tan menyerahka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sungai Kut Muara untuk tujuan penganjura­n Pesta Kaul di kampung tersebut.

Beliau juga menyerahka­n cek bagi tujuan Program Bantuan Baik Pulih Rumah sebanyak RM15,000 untuk tujuan membaik pulih kediaman penduduk tempatan Japardin Jeman.

Fatimah juga meluangkan masa bertemu pihak JKKK, Ahli Jawatankua­sa (AJK) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), AJK surau, AJK Chapel dan para beliawanis di Kampung Sungai Kut Muara.

 ??  ?? MESRA: Fatimah (berdiri) memberikan sedikit amanat pada pertemuan di Kampung Sungai Kut Muara, Mukah baru-baru ini.
MESRA: Fatimah (berdiri) memberikan sedikit amanat pada pertemuan di Kampung Sungai Kut Muara, Mukah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia