Utusan Borneo (Sarawak)

Kluster Sebangkoi di Sri Aman ditamatkan

-

KUCHING: Kluster Sebangkoi di Sri Aman ditamatkan selepas tiada kes baharu COVID-19 dikesan melibatkan kluster ini dalam tempoh 28 hari lepas.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kluster ini diisytihar­kan pada 5 Februari 2021 dan tamat semalam.

“Sebanyak 34 kluster masih aktif di mana 12 kluster merekodkan penambahan kes manakala 22 kluster lagi tiada penambahan kes,” katanya.

Tambah JPBNS Kluster Tanjung Genting, Meradong merekodkan penambahan lima kes positif COVID-19 semalam meningkat kepada 27 kes.

Manakala Kluster Sungai Atap juga di Meradong merekodkan penambahan dua kes positif baharu COVID-19 semalam meningkat kepada 21 kes.

“Kluster Jalan Merpati di Miri merekodkan penambahan tiga kes positif baharu COVID-19 hari ini (semalam), Kluster Kampung Hilir, Sibu (9), Kluster Jalan Sanyan, Sibu (3) dan Kluster Begalak di Song (2).

“Manakala Kluster Buluh Pasi di Meradong merekodkan penambahan 1 kes, Kluster Sena, Miri (3), Kluster Jalan Muhibbah, Betong (5), Kluster Emperoh Jambu, Kuching (5), Kluster Sungai Bakong, Meradong (8) dan Kluster Jalan Green, Kuching (2),” katanya.

Kluster-kluster lain yang masih aktif tanpa penambahan kes ialah Kluster Depo Imigresen Semuja, Serian; Kluster Nanga Bulo, Julau; Kluster Jalan Tanjung, Bintulu; Kluster Jalan Main Bazaar, Sri Aman; Kluster Melor, Pusa; Kluster Kiba, Sibu dan Kluster Jalan Awang, Sibu.

Juga masih aktif Kluster Bukit Tunggal, Julau; Kluster Buloh, Selangau; Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan; Kluster Ketajau, Sri Aman; Kluster Jan Yong, Kapit; Kluster Geronggang, Sibu; Kluster Univista, Samarahan; Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching dan Kluster Gelong, Kapit.

Kluster Kidurong Dua, Bintulu; Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Seruas, Beluru; Kluster Jun Heng, Bintulu; Kluster Rakut, Miri; Kluster Pasai, Sibu dan Sub Kluster Tangap di Sibu juga masih aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia