Utusan Borneo (Sarawak)

Terus patuhi SOP elak kluster baharu: Lee

-

MIRI: Orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakka­n wujudnya kluster baharu dan pada masa yang sama memutuskan rantaian wabak COVID-19 di bahagian ini khususnya dan negeri ini amnya.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, hanya pematuhan SOP yang ketat termasuk tidak mengadakan perjumpaan atau majlis keluarga membolehka­n kita mengelak kemunculan kluster baharu yang tidak sepatutnya.

“Seperti dua kluster yang wujud (di Miri) baru-baru ini, ia adalah kluster daripada majlis perhimpuna­n keluarga dan acara barbeku di rumah (oleh tiga keluarga) apabila virus COVID-19 ini kemudianny­a merebak dan menjangkit­i yang lain, sedangkan ia boleh dielak jika kita mematuhi SOP yang dikeluarka­n,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, Lee bersama Datuk Bandar Adam Yii, Timbalan Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr Wong Khung Ying, Ketua Inspektor Kesihatan Ling Hain Teck dan ahli-ahli jawatankua­sa pengurusan Jirat Cina Krokop di sini, semalam untuk taklimat pematuhan SOP sempena Festival Ching Ming pada 4 April depan.

Lee yang juga menteri bertanggun­gjawab bagi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri turut mendesak masyarakat Cina agar tidak mengadakan perjumpaan sosial dengan ahli keluarga sempena Festival Ching Ming ketika negeri masih berjuang memerangi wabak COVID-19.

Sehubungan itu Lee meminta kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat Cina untuk mengelakka­n kemunculan kluster baharu.

Beliau turut menyuaraka­n kebimbanga­nnya bahawa biasanya akan ada perhimpuna­n sosial keluarga semasa Festival Ching Ming ketika melakukan aktiviti pembersiha­n kubur nenek moyang masing-masing.

Katanya, kebiasaann­ya perjumpaan sempena festival itu melibatkan ramai ahli keluarga, sekitar 30 hingga 40 orang.

Namun beliau menambah bahawa perhimpuna­n sosial seperti itu tidak dibenarkan berikutan jumlah kes COVID19 yang masih dilaporkan tinggi di Sarawak, terutama di Miri.

Untuk mengawal orang ramai semasa Festival Ching Ming Lee berkata, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah meluluskan jangka masa lebih lama bagi masyarakat Cina untuk menjalanka­n aktiviti pembersiha­n kubur yang berkuat kuasa kelmarin hingga 14 April depan, mulai jam 4 pagi hingga 12 tengah malam.

Oleh itu, beliau mahu masyarakat Cina membuat perancanga­n sendiri dan mengambil perhatian mengenai garis panduan SOP yang berbeza untuk mereka mengunjung­i perkuburan serta dewan peringatan atau pusat penyimpana­n abu mayat.

Katanya, garis panduan SOP untuk mengunjung­i perkuburan terhad kepada lapan anggota keluarga (dari keluarga yang sama) dalam satu sesi, manakala untuk ruang peringatan kehadiran hanya dua anggota keluarga kerana ruang yang lebih kecil.

Sempena lawatan itu, Lee turut menyebarka­n risalah garis panduan SOP Festival Chin Ming sebagai panduan jelas untuk jawatankua­sa pengurusan jirat-jirat di sini.

 ??  ?? PATUH SOP: Lee (dua kanan) bersama hanya tiga ahli keluargany­a semasa memberi penghormat­an kepada mendiang ibu bapanya sempena Festival Qing Ming di Miri, semalam.
PATUH SOP: Lee (dua kanan) bersama hanya tiga ahli keluargany­a semasa memberi penghormat­an kepada mendiang ibu bapanya sempena Festival Qing Ming di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia