Utusan Borneo (Sarawak)

Kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak masih cecah tiga angka

-

KUCHING: Kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak masih mencecah tiga angka dengan 276 kes postif baharu dikesan di negeri ini semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Sibu merekodkan jumlah tertinggi 68 kes diikuti Bintulu (66) dan Miri (50).

Kes-kes lain dikesan di Julau (25), Kuching (19), Meradong (16), Serian (10), Betong (5), Kapit (5), Sri Aman (3), Subis (3), Song (2), Samarahan, Sarikei, Sebauh dan Tanjung Manis masing-masing satu kes menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 14,250 kes.

“Daripada 276 kes baharu yang dilaporkan, seramai 27 orang menunjukka­n tanda dan mengalami gejala semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 222 orang yang dikesan terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat satu kematian baharu akibat COVID-19 semalam menjadikan jumlah keseluruha­n kematian meningkat kepada 97 orang.

Kes kematian ke-97 katanya, merupakan lelaki tempatan berumur 66 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sibu.

Kes mula demam serta batuk sejak beberapa minggu lepas dan saringan ujian rt-PCR didapati positif pada 16 Mac 2021.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 19 Mac 2021,” katanya sambil menambah, kes mempunyai ko-morbid penyakit buah pinggang tahap akhir, kencing manis dan darah tinggi.

Mengenai kes pulih, terdapat 197 kes baharu pulih dan dibenarkan discaj hari ini dari Hospital Sibu (57), PKRC Hospital Kapit (47), Hospital Umum Sarawak (24), Hospital Bintulu (21), PKRC Betong (19), Hospital Miri (14), Hospital Sarikei (12), PKRC Mukah (2) dan PKRC Serian (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat semalam adalah seramai 11,388 orang.

Manakala seramai 276 orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dengan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia