Utusan Borneo (Sarawak)

PEMERKASA nadi bangkitkan sektor PKS

Komuniti usahawan dan industri Sabah optimis pakej rangsangan keenam kerajaan PN

- Oleh Yap Siong Han

Kami akan sentiasa terlibat sama dalam meninjau inisiatif-inisiatif yang diusahakan kerajaan bagi membantu

” pengusaha pelanconga­n.

Datuk Tan Kok Liang

Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA)

Dalam menghadapi cabaran wabak ketika ini, kerajaan akan terus memelihara kebajikan rakyat terutamany­a mereka

” yang masih terjejas.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

PROGRAM Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), pakej rangsangan keenam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membawa banyak manfaat kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya pelanconga­n dan peruncitan.

Ramai usahawan dan pemain industri di Sabah berterima kasih kepada Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berusaha bersungguh-sungguh memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata, pengusaha pelanconga­n di negara ini sangat mengalu-alukan PEMERKASA, khasnya kelonggara­n yang diberikan terhadap sekatan

perjalanan.

Katanya, tidak dinafikan pakej rangsangan itu akan menghidupk­an semula industri pelanconga­n domestik di negara ini.

Menurutnya, MATTA sentiasa mempunyai hubungan yang erat dengan Kerajaan PN sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara ini.

“Kami sangat gembira kerajaan telah memberikan maklum balas yang baik terhadap cadangan kami.

“Ini menunjukka­n hubungan yang erat di antara kerajaan dan sektor swasta merupakan kunci utama kepada pemulihan industri pelanconga­n,” katanya.

Beliau juga berharap pendekatan yang diperkenal­kan kerajaan akan memberikan harapan baharu kepada lebih 5,000 ejen pelanconga­n untuk mengharung­i detikdetik mencabar.

Tan berkata, pengusaha pelanconga­n juga berharap sempadan negara dapat dibuka semula bagi membenarka­n pelancong antarabang­sa masuk ke Malaysia selepas pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan geran khas secara sekali bayar berjumlah RM3,000 kepada agensi pelanconga­n yang berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) serta pengecuali­an cukai terhadap pakej pelanconga­n yang ditawarkan oleh ejen pelanconga­n berdaftar, yang mana semua ini dicadangka­n oleh MATTA sebelum ini.

“Kami akan sentiasa terlibat sama dalam meninjau inisiatif-inisiatif yang diusahakan kerajaan bagi membantu pengusaha pelanconga­n,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAHARU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumka­n Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada Rabu lalu.
— Gambar Bernama TERBAHARU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumka­n Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada Rabu lalu.
 ??  ??
 ??  ?? Datuk Tan Kok Liang
Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA)
Datuk Tan Kok Liang Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia