Keputusan operasi bazar Ramadan akan dimuktamadkan
Sarawak masih belum memutuskan operasi bazar Ramadan walaupun kerajaan persekutuan telah membenarkan
“Kita
telah mengadakan perbincangan secara ringkas mengenai perkara ini (operasi bazar Ramadan) namun keputusan muktamad akan diumumkan selepas menerima laporan penuh daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
KUCHING: Keputusan sama ada bazar Ramadan dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan beroperasi atau sebaliknya pada tahun ini, akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Sarawak masih belum memutuskan operasi bazar Ramadan walaupun kerajaan persekutuan telah membenarkan. “Kita telah mengadakan perbincangan secara ringkas mengenai perkara ini (operasi bazar Ramadan) namun keputusan muktamad akan diumumkan selepas menerima laporan penuh daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
“Saya akan mengadakan sidang media berhubung perkara ini Jumaat depan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Bilik Operasi Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bintawa serta menyerahkan sumbangan makanan asas kepada penduduk Kampung Bintawa Ulu dan Kampung Bintawa Tengah di sini, semalam.
Dr Abdul Rahman berkata, DBKU merancang untuk membuka tiga lokasi bazar Ramadan iaitu di Kubah Ria, Sukma Ria dan Semarak.
“Bagaimanapun, terdapat juga permohonan untuk membuka bazar Ramadan di beberapa lokasi lain termasuk di Bandar Baharu Samariang dan Demak Laut,” katanya.
Beliau menasihati peniaga agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) jika bazar Ramadan dibenarkan beroperasi tahun ini.
Pada 19 Mac lalu, JPBNS mengumumkan akan mengadakan mesyuarat minggu depan mengenai kebenaran pembukaan bazar Ramadan di negeri ini.
Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya akan membincangkan perkara berkenaan kerana kerajaan persekutuan sudah menyediakan SOP.
Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu, berkata penurunan kes harian COVID-19 mendorong kerajaan meluluskan pembukaan bazar termasuk kebenaran bersolat terawih di surau dan masjid.
Menurut Ismail Sabri, ia di buat selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun pelaksanaan semua aktiviti
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU
berkenaan perlu mematuhi
SOP yang ketat.