Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bercadang tubuh komuniti kraf di Sibuti: Lukanisman

-

MIRI: Kerajaan dalam perancanga­n untuk mewujudkan sebuah komuniti kraf bagi memberi latihan dalam pembuatan kraf tangan di kawasan Sibuti.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya akan mendapatka­n kerjasama daripada agensi dan pihak kraf tangan untuk menjayakan program itu.

Katanya, komuniti kraf ini merupakan salah satu usaha beliau membantu meningkatk­an pengeluara­n kraf tangan di Sibuti selain Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diperkenal kerajaan sebelum ini.

“Saya berharap lebih ramai wanita di kawasan luar bandar Sibuti melibatkan diri dalam penghasila­n kraf tangan dan merebut peluang yang disediakan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat Rumah Isa di Sibuti untuk meninjau tapak naik taraf rumah panjang yang dilaksanak­an di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) dengan kos RM100,000.

Lukanisman turut meninjau aktiviti kraf tangan membuat anyaman yang dihasilkan golongan wanita di situ.

“Banyak anyaman dihasilkan wanita di sini semasa COVID-19.

“Saya berharap hasil tangan ini dapat diperbanya­k dengan adanya latihan dan kombinasi warna dipermoden untuk tujuan komersial,” katanya.

Lukanisman kemudian melawatGer­ejaSaintMi­chael di Batu Niah dan meninjau projek naik taraf pagar bernilai RM30,000 dan naik taraf bumbung gereja hasil geran RM200,000 daripada Unit Hal Ehwal AgamaAgama Lain (UNIFOR).

Kedua-dua projek yang bermula pada 2020 itu sudah siap.

Beliau seterusnya menyampaik­an sumbangan geran bagi menjalanka­n aktiviti Hari Wanita sebanyak RM3,000.

Manakala semasa lawatan ke Kampung Subis 2, beliau menyerahka­n geran RM3,000, komputer riba dan mesin pencetak bagi kegunaan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

 ??  ?? CANTIK: Lukanisman menunjukka­n bakul anyaman Terine Nyawai semasa lawatan ke Rumah Isan di Sibuti kelmarin.
CANTIK: Lukanisman menunjukka­n bakul anyaman Terine Nyawai semasa lawatan ke Rumah Isan di Sibuti kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia