Lagi kegiatan curi elektrik untuk melombong Bitcoin dipintas
MIRI: Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan melombong mata wang digital Bitcoin di empat premis kedai di sini berjaya dibongkar menerusi operasi yang dijalankan sepasukan anggota polis bersama kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) selama dua hari bermula Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, siri serbuan ke atas empat premiskedaidikawasanTaman Tunku, Lopeng dan Jalan Miri Bypass Industrial Park yang telah dikenal pasti SEB membuat penyambungan elektrik secara haram.
“Serbuan ke atas premis telah membuahkan hasil dengan kejayaan rampasan 300 unit mesin perlombongan mata wang kripto, dua unit komputer riba, lima unit modem serta peralatan-peralatan yang berkaitan digunakan untuk pengoperasian Bitcoin.
“Anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM1.4 juta manakala nilai kerugian dialami SEB dianggarkan sebanyak
RM1.43 juta,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Dalam pada itu Hakemal berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menahan tiga individu yang dipercayai mendalangi kegiatan mencuri elektrik.
“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mencuri elektrik dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta benda melalui penyambungan elektrik secara haram.
“Selain daripada itu, sindiket yang terlibat dalam kegiatan ini juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) iaitu Akta 297,” ujarnya.
Sementara itu, Hakemal mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan penyambungan elektrik secara haram dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-manapihakyangdidapati melakukan kesalahan ini.