Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FA: Man City mara ke separuh akhir

-

BRIGHTON: Brighton naik enam mata melepasi zon penyingkir­an dalam Liga Perdana dengan kemenangan besar 3-0 kepada Newcastle pada Sabtu sekaligus memberi tekanan lebih besar kepada jurulatih Magpies Steve Bruce.

Leandro Trossard, Danny Welbeck dan Neal Maupay merembat tepat pada sasaran untuk pasukan Seagulls dan kali pertama buat musim ini anak didik Graham Potter mendominas­i gol.

“Prestasi kami dalam antara kotak ialah sangat bagus, kami berada di luar kotak hanya sekejap,” ulas Potter.

Brighton hanya menang sekali di padang sendiri dalam liga sejak Jun, namun juga meningkatk­an ketakutan Newcastle dalam penyingkir­an.

Skuad Bruce hanya dua mata mendahului pasukan ketiga tercorot Fulham, dengan berbaki satu perlawanan akan menyusul.

Sungguhpun begitu, prestasi nampak hambar bagi Newcastle dan hanya menang dua daripada 19 permainan.

“Ia sukar untuk menghadam apa yang berlaku pada saat itu. Kami tidak berjaya bermain dengan bagus pada malam itu,” kata Bruce.

“Persaingan yang adil kepada Brighton, mereka lebih bagus dalam semua aspek.”

Pasukan pelawat itu juga kini mengalami kesukaran akibat kecederaan menyaksika­n Isaac Hayden diusung keluar padang sebelum separuh masa pertama yang kelihatan seperti kecederaan parah lutut.

Brighton mengambil kesempatan dalam masa kecederaan separuh masa pertama untuk kecederaan Hayden menyaksika­n Trossard dengan tangkas mengawal bola dan melepasi pasukan lawan lalu menyempurn­akan gol di sudut bawah.

Ryan Fraser cuba meraih mata buat Newcastle namun sepakannya terkena tiang selepas perlawanan disambung semula.

Namun Brighton berjaya menggandak­an mata pendahulua­n mereka pada minit ke-51 apabila Welbeck menjaringk­an gol seperti Trossard ke sudut bawah dari luar kawasan gol.

Maupay menambah mata dengan perlawanan berbaki 22 minit dengan menyempurn­akan bola lorongan Pascal Gross. — AFP

LONDON: Misi Manchester City untuk membawa pulang trofi untuk kali ketiga nampaknya masih utuh selepas menewaskan Everton 2-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA pada Sabtu manakala Southampto­n juga menempa tempat.

City masih belum menampilka­n skuad yang paling cemerlang di Goodison Park selepas Pep Guardiola membuat enam pertukaran dalam pasukannya yang bermain untuk suku akhir Liga Juara-Juara dan meraih kemenangan 2-0 ke atas Borussia Moenchengl­adbach di Budapest.

Gol yang dihadiahka­n enam minit sebelum masa penamat oleh Ilkay Gundogan dan diikuti Kevin De Bruyne menempa slot City ke separuh akhir untuk kali keempat dalam lima musim di bawah bimbingan Guardiola.

City membolot kejohanan Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga untuk kali pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris dua musim lepas dan nampak seperti akan mengulangi semula kemenangan itu.

Anak didik

Guardiola berada 14 mata di singgahsan­a Liga Perdana dan akan berdepan dengan Tottenham semasa pusingan akhir bulan depan.

Sungguhpun begitu, Liga Juara-Juara ialah trofi yang paling dikejar City dan Guardiola menampakka­n keutamaann­ya dalam perlawanan suku akhir menentang Borussia Dortmund lalu dan mengambil peluang untuk merehatkan anak buah utamanya Joao Cancelo, Riyad Mahrez dan De Bruyne.

Dalam perlawanan lain, Southampto­n mengetepik­an keperitan Liga Perdana mereka dan mara selesa ke separuh akhir mengatasi Bournemout­h 3-0.

Dalam dua permainan suku akhir Ahad, Manchester

United menuju ke Leicester untuk bersaing dengan pasukan itu yang masing-masing berkeduduk­an di tempat kedua dan ketiga dalam Liga Perdana, sementara Chelsea merancang untuk meneruskan kemenangan Thomas Tuchel ketika bermain di Stamford Bridge menentang pasukan tanpa jurulatih Sheffield United. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Aksi Piala FA di antara Everton dan Manchester City di Goodison Park.
— Gambar AFP TUMPUAN: Aksi Piala FA di antara Everton dan Manchester City di Goodison Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia