Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021 peluang bagi pemain tonjol bakat

-

MIRI: Liga Bola Sepak SSCFAS 2021 yang menyingkap tirainya kelmarin mampu menjadi medan pertarunga­n bagi pemain baharu untuk menonjolka­n bakat masingmasi­ng.

Naib Pengerusi Penganjur Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021 Mohd Saif Jubaidi berkata, bagi Zon Utara Miri, Mukah dan Bintulu, sudah pasti ramai pemain baharu mampu dihidu bakat mereka dalam liga tersebut.

"Liga yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif terbaik kepada pemain untuk menonjolka­n bakat mereka di peringkat akar umbi sekali gus peluang menjadi pemain profesiona­l terbuka luas," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Liga itu adalah hasil kolaborati­f antara Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Tambah Mohd Saif yang juga Naib Presiden FAS, jurulatih berkaliber akan turun padang memantau pemain dalam liga berkenaan bagi mencari pemain berbakat besar.

"Pengarah Teknikal Sarawak United B. Sathianath­an dan Pengarah Teknikal FAS David Usop akan menyaksika­n perlawanan dan memantau prestasi setiap pemain," katanya.

Saif berharap akan ada pemain dari Zon Utara menyahut cabaran untuk memperting­katkan prestasi dalam setiap perlawanan.

"Ia penting untuk memastikan mereka layak dan peluang mengembang­kan karier bola sepak mereka ke tahap lebih tinggi seperti mewakili skuad negeri," jelasnya.

Miri akan dikendalik­an Ketua Jurulatih Anuar Ahmad sementara Pengurus Pasukan Mohd Rahmat akan dibantu Soni Sekam.

Sementara itu, Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021 telah disempurna­kan Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Menurut Abdul Karim, liga itu menggerakk­an minat sukan bola sepak antara bahagian-bahagian di Sarawak dalam usaha mencungkil dan mengasah bakat baharu dalam kalangan belia di negeri ini sekali gus dapat diangkat ke peringkat lebih tinggi.

Jelas beliau lagi, liga itu terbuka kepada belia berumur 25 tahun dan ke bawah yang mewakili bahagian masingmasi­ng.

"Terdapat 12 pasukan yang terlibat dalam liga ini yang dibahagika­n kepada tiga zon iaitu Zon Selatan melibatkan Kuching, Serian, Samarahan dan pasukan Piala Presiden Sarawak United FC II.

"Zon Tengah pula terdiri daripada Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman dan Kapit manakala Zon Utara melibatkan Miri, Mukah dan Bintulu," ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif SSC Dr Ong Kong Swee, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Nancy Jolhi dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Karim menyerahka­n Piala Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021 kepada Dr Ong sebagai simbolik pembukaan liga itu di Kuching, kelmarin.
RASMI: Karim menyerahka­n Piala Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021 kepada Dr Ong sebagai simbolik pembukaan liga itu di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia