Utusan Borneo (Sarawak)

KAPAL BERSAMA 15,000 DIESEL DISITA, KRU DITAHAN

-

MIRI: Sebuah kapal tangki minyak ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada jarak lebih kurang 20 batu nautika barat laut Kuala Sibuti dekat sini, pagi kelmarin kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, kapal tangki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigak­an ditahan aset Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Ops Permai kira-kira jam 8.05 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati vesel tersebut disyaki telah melakukan beberapa kesalahan, antaranya gagal mengemukak­an sebarang dokumen kecuali ‘ship registry’, tiada ‘Domestic Ship License’ (DSL), tiada pelepasan pelabuhan serta tiada Borang C.

“Kapal tersebut dikatakan dalam pelayaran menuju ke Bintulu dengan dikendalik­an tiga kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Indonesia berumur lingkungan 31 hingga 34 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Md Fauzi berkata, kesemua kru ditahan manakala kapal serta diesel dianggarka­n sebanyak 15,000 liter yang bernilai lebih kurang RM33,000 itu disita dan diiring masuk ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Kastam 1967 dan Akta Petroleum (LangkahLan­gkah Keselamata­n) 1984,” ujarnya.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan mengutamak­an keselamata­n apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamata­n.

Orang ramai disaran menghubung­i Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 ??  ?? MENCURIGAK­AN: Maritim Malaysia menyita kapal tangki minyak membawa diesel dan tiga kru kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
MENCURIGAK­AN: Maritim Malaysia menyita kapal tangki minyak membawa diesel dan tiga kru kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia